Anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu
bapa untuk mendidik dan mengasuh mereka supaya menjadi insan berguna.
Zuriat bukan sekadar penyambung warisan tetapi bukti kekuasaan Allah.
Anak anugerah Allah yang amat istimewa bagi suami isteri dalam kehidupan
berumahtangga. Malah, setiap pasangan berkeluarga memang impikan anak
untuk menyerikan institusi rumah tangga mereka. Itu sudah menjadi satu
keinginan semula jadi yang Allah ciptakan dalam sudut hati setiap manusia.
Mendidik dan mengasuh anak termasuk dalam ibadah kerana setiap ibu bapa
akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dilakukan anaknya.
Lebih-lebih lagi anak itu umpama helaian kertas putih yang belum
diwarnai dan dicorakkan lagi.
Sebenarnya dalam Islam seorang
anak adalah penawar kepada ibu bapanya terutama semasa tuanya. Jadi, ibu
bapa tidak perlukan wang anak-anaknya apatah lagi kalau anak-anak
mereka itu miskin. Tetapi yang diperlukan ialah kasih sayang dan belaian
daripada anak-anak. Sesungguhnya anak yang membelanjakan wang
pendapatannya untuk membeli ubatan dan makanan untuk ibu bapanya,
sesuatu yang baik dan seharusnya dikekalkan, tetapi mereka juga perlu
pulang untuk melihat wajah ibu bapa. Tatapan wajah antara anak dan ibu
bapa boleh mengurangkan sebahagian penderitaan rindu mereka.
Oleh sebab itu, mereka yang mempunyai ibu bapa di kampung apatah lagi
yang sakit, eloklah pulang melihat wajah mereka. Jika anak pernah terasa
hati terhadap ibu bapa, lupakan dahulu dan kalau perlu maafkan mereka
berdua. Sikap anak dalam keadaan itu akan menyembuhkan sakit yang
dialami oleh kedua-duanya
Tuesday, January 21, 2014
Cara kira Due Date
hari ni aku dengan rajin nak kongsi cara2 nak kira tarikh bersalin, sangat mudah dan sama macam yang doktor kirakan,
Langkah 1 >>
catatkan hari pertama Haid anda yang terakhir sebelum disahkan hamil
cth: 16 September 2013
Langkah 2 >>
tolak 3 bulan dari tarikh tersebut
cth :16 Jun 2013
Langkah 3 >>
tambahkan 1 tahun 7 bulan dari tarikh pada langkah 2
cth : 23 Jun 2014
jadi tarikh bersalin korang jatuh pada 23 Jun 2014 (= ni la tarikh jangka bersalin aku nnti =)
ini adalah jangkaan tarikh bersalin mengikut teori bahawa bayi dalam kandungan akan berada dalam rahim ibu selama 40 minggu, tetapi harus diambil perhatian bahawa kebiasaannya seseorang itu akan bersalin seminggu sebelum atau selepas due date tersebut

<<wallahualam>>
2014 tahun terbaik
Alhamdulillah 2014 adalah tahun yang baik dan mengembirakan, manakan tidak kawan2 yang sebaya yang berkahwin tahun yang sama dengan aku dan tahun sebelum dan selepasnya berjaya juga HAMIL, aku turut kongsi kegembiraan yang dorang rasa, macam tu la rasa nya perasaan aku bila tahu dah mengandung semula. aku harap diorang dan anak yang di kandung sihat dan selamat!! TAHNIAH!!!
Thursday, January 2, 2014
Azam 2014
Alhamdulillah dalam diam dah masuk 2014 dah, segala kenangan manis dan pahit telah kita tempuhi di tahun 2013 bermacam pengajaran yang kita dapat, dari situ juga la bertambah kematangan dalam diri kita, mudahan kita menjadi makhluk Allah yang bersyukur dengan nikmat yang diberi dan nikmat yang utama itu adalah nafas dimana kita masih di panjangkan umur oleh yang maha Esa..Aamiin..
Bila masuk je tahun baru setiap orang perlu tanam kan azam dalam diri dan berusaha untuk dapatkan nya jangan berjanji tahun ni aku nak buat itu nak buat ini tapi habuk pun takdak, aku berharap tahun ni aku dapat laksanakan azam yang dah lama seorang wanita inginkan, impian menjadi seorang isteri dah tercapai kini aku berazam ingin jadi seorang IBU dengan melahirkan zuriat dari suami tercinta. Insyallah dengan izin Nya pada bulan Jun 2014 akan lahirkan harta dunia akhirat ku..Aamiin..
Semoga kawan2 di luar sana dapat menunaikan azam dengan jayanya, yang penting Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal

Subscribe to:
Posts (Atom)