Thursday, October 30, 2014

kes dera anak oleh pengasuh

bengang marah nak di maki dengan kaki je muka orang yang suka mendera ni..kong ajor betul manusia macam ni mana perasaan dia bila buat kat anak orang, ko tak ada anak ke?? kalau anak ko kena macam ni apa perasaan ko?? memang panas hati aku tengok manusia berhati binatang ni, binatang pun tahu sayangkan anak. shitt la engko si pendera!!

hari ni dalam facebook dah tersebar video wanita yang sedang bagi ubat pada seorang budak, kejadian ni berlaku di Malaysia okeh, orang melayu kita pulak buat perangai  macam tu,nasib baik bekas staf taska tu sempat rakam dan sebarkan

"Assalamualaikum oh media. Saya nk share video penderaan kanak2 di taska saya pernah bekerja dulu. Sebab tak tahan dengan kezaliman seorang staff ni saya berhenti. Staff lain xberani tegur sbb dia staff lama, lagi satu mulut dia sangat jahat selalu cakap budak tu budak ni hodoh. Mohon sebarkan agar parents kat luar tu lebih berhati hati memilih taska".  

siap la ko lpas ni pemes la ko kat tv facebook instagram we chat dll..harap pihak berkuasa cepat2 tangkap ini perempuan, kasi ajar sikit

bila tengok video ni terus teringat ammar.. bersyukur sangat anak di hantar pada orang yang kita percaya, Ya Allah selamatkan la anak ku walau mana dia berada

https://www.facebook.com/video.php?v=1015357834310457

Tuesday, October 28, 2014

motherhood: pengalaman susu pertama

sebenarnya lama dah aku nak kongsi ngan korang pasal bf ni cume masa je xda, masa ammar dalam perut lg aku dah terpikir lahir je dia aku nk fully bf, harapan ni dah berkobar kobar dah dalam diri dan aku juga dah didedahkan dengan kebaikan susu ibu untuk anak, susu ibu juga mengandungi nutrisi yang terbaik dan dengan menyusukan juga dapat mengurangkan risiko ibu dari menghidapi kanser ovari, ni la salah satu kebaikan yang ada, kalau nak tahu selebihnya kebaikan bf lagi di sini

tapi apa yang kita rancang bukan semua kita dapat, dari hari pertama anak aku lahir dia telah didedahkan dengan susu formula oleh nurse di hospital, masa tu doktor ambik ammar dan dibawa ke bilik lain sebab dikhuatiri ada jangkitan, menurut diorang konon nya air ketuban aku pecah awal dan risau ada jangkitan pada baby, dari pukul 1:47 pm aku bersalin sampai pukul 6.00 pm aku masih tak jumpa anak inikan pula nak bagi dia menyusu, yang dapat aku peluk ammar masa lepas aku bersalin dapat la aku pegang sekejap anak aku tu pastu diorang bawa cuci hingga la petang aku menunggu keseorangan di katil yang di letakkan di tengah laluan orang ramai, aku pun tak tahu kenapa perlu di letak kan situ.dalam pukul 6.10 pm nurse datang bawak anak aku dan suruh aku susu kan dia, aku dengan exited bukak baju dan cuba susukan dia tapi hampa tak ada setitik pun susu yang keluar, anak pula dah meraung nangis sebab lapar nurse pulak paksa suh aku bagi anak susu jugak, mula la aku panik aku bukan ada pengalaman lagi lepastu bukan nak ajar aku cara yang betul nak susukan baby ni boleh di biarkan kami dua beranak atas katil dengan laluan orang ramai tu..aku mula la panas hati dah la susu tak keluar anak pulak dah meraung lapar, pastu kain yang aku pakai dah penuh dengan darah apatah lagi kudrat aku nak bangun ketika itu pun lemah sesangat, boleh korang bayangkan situasi aku ketika tu

nasib baik la salah sorang stafnurse situ kawan mak aku dia la yang uruskan segalanya, akhirnya anak aku dibagi juga SUSU FORMULA oleh pihak hospital sendiri, dengan bantuan kak ijah (kawan mak tadi) dapat la ku keluar awal kalau tidak tah pukul berapa aku kena duduk kat laluan orang ramai tu, suami pula dah berapa kali telefon, mak dan saudara mara pun dah lama menunggu sampai yang datang dari kuala kubu-ipoh pan terpaksa balik sebab lama menunggu

alhamdulillah aku pun selamat masuk wad dan malam tu tinggal la kami dua beranak, dan malam tu juga aku usaha untuk bagi dak ammar menyusu walaupun tak dia ajar oleh sesiapa aku berjaya untuk susukan ammar dengan cara aku sendiri, mengalir air mata bila tengok susu dari tubuh kita mengalir ke mulut anak tercinta,walaupun sedikit tapi memadai dengan perut baby yang masih kecil :-)


motherhood: BF vs FM

Assalammualaikum..

kali ni aku nak sangat share ngan korang pasal tajuk di atas, al-maklum aku kan baru mnjadi ibu so ilmu berkenaan breastfeeding ni agak zero, hanya dari pengalaman kawan2, sedara dan juga pak gugel banyak membantu aku dalam menangani hal berkenaan

kebaikan menyusu anak (BF)

1)  Susu ibu lebih mudah dihadamkan.

2)  Susu ibu tidak mengandungi bahan2 kimia.  Ingat tak kes melamin dalam susu bayi di China? Haaa, kita tak tau sejauh mana selamatnya susu2 formula untuk bayi kita, so susu ibu memang pilihan yang paling tepat, sebab confirm tak ada bahan2 kimia yang berbahaya!

3)  Susu ibu menjimatkan kos & masa.  Susu formula kebanyakkannya mahal2 dan memerlukan anda membancuh dan menggunakannya dalam tempoh masa yang terhad.  Dengan susu ibu, tiada masalah!  Tidak ada kos tambahan, bersih dan menjimatkan.  Stok susu sentiasa ada dalam badan, so bila anak merengek nak nenen, angkat jer baju, susu dah tersedia.. heheheh

4)  Menyusukan bayi anda mengurangkan risiko terhadap kanser payudara.  Ini adalah kajian dari Collaborative Group on Hormonal Factors in Breast Cancer (2002).  So, mencegah adalah lebih baik dari merawat, kan? Jadi janganlah malas menyusukan bayi anda :) 

5)  Susu ibu mengandungi Imunisasi kepada penyakit dan membantu membina sistem imunisasi dalam badan bayi – 80% dari sel dalam sus ibu adalah macrophages, iaitu sel yang membunuh bakteria, fungus dan virus.  Bayi yang menyusu terlindung dari pneumonia, botulism, bronchitis, staphylococcal infections, jangkitan telinga & German measles (campak).

6)  Susu ibu mengandungi nutrisi yang terbaik!

7)  Menyusukan anak mengurangkan risiko ibu dari menghidapi kanser ovari.

8)  Menyusukan anak membantu mengurangkan berat badan ibu!  Haaaaaa, ni semua mesti ibu2 suka baca.. Heheheh.. maklumlah, masa mengandung berkilo2 berat di”ternak” dalam badan.. hahahah.. Buat pengetahuan pembaca, setiap sesi menyusu membakar 500 kalori sehari!  Itulah sebabnya, ibu2 yang menyusu badan lebih cepat kembali ke bentuk badan yang asal daripada ibu2 yang memberikan anak mereka susu botol. 

9)  Susu ibu amat disyorkan oleh World Health Organization & Unicef!

10)  Susu ibu membantu mengeluarkan meconium dari perut bayi – meconium adalah sejenis lendir melekit yang memang sedia ada dalam usus bayi.  Kolastrum @ susu awal ibu, adalah merupakan cecair unik yg boleh mengeluarkan lendir itu dari perut bayi.. Subahannallah.. betapa hebatnya ciptaan Allah ini :) 

11)  Susu ibu memelihara bayi dari penyakit Crohn – Penyakit ini adalah penyakit yang berkaitan dengan usus.  Penyakit ini sangat kronik.  Ia adalah radang perut yang boleh menyebabkan bengkak pada bahagian dalam usus.  Penyakit ini sangat susah untuk diubati, tapi kajian menunjukkan susu ibu dapat menghalang dari bayi untuk menghidapi penyakit ini.

12)  Menyusukan bayi anda dapat mengurangkan risiko menghidapi kanser endometriosis.

kalau nak cerita pasal susu formula (FM) ni semua orang dah tahu kekurangan dan sedikit kebaikan nya kan, terpulang kepada individu yang menilainya

Monday, October 27, 2014

hari ni isnin ke?

Assalammualaikum..

hari ni isnin ye kome patut la ada rase penyakit malas tu sampai..hmm apapun keja tetap keja, dalam nak wat keja ni jangan nak fokus sangat kena rehat rehat kejap kang ngadap keja je mata bole juling tau!!

sekarang ni kalau hujung minggu je bole dikatakan macam wajib pulak nak bawak anak jalan jalan, ni sume idea apak ammar la, bila ari jumaat je mesti tanya sok nak bawak anak pegi mane?? hmm aku mula la pikir nak ajak gi jauh2 paling tidak teringin nak naik Cameron Highland..tapi jangan la harap anak ko tu baru pat bolan tak sesuai lagi bawak tempat camtu buat kena tempik ngan mak aku je nanti, kang meragam anak tu sape nak tolong, aku ni kalau bab anak meragam teroyak tengah malam mak la aku cari dulu, kang buat nye masa pergi jalan tempat camtu anak nangis sape nak tolong?? tak  kan pak gad hotel nk tolong dokong2 kan..tak pasal laki aku tu beceramah plak, last2 aku di juga disalahkan..tu la ayang abang ajak pegi dekat dekat tak nak nak jugak datang sini tengok anak dah nangis, dushh!! sebijik kt muka, aku juga nak disalahkan!!

takpe la ye ammar kita jalan dekat dekat dulu nanti ammar dah besar sikit dah pandai tengok sekeliling kita jalan jauh sikit ye, laa ni kita kuar makan makan dulu ye, tapi apa yang aku perasan anak aku ni kalau bawak jalan naik kereta suka sangat dan mulut tu tak mau diam ada je bnda nak di pot pet kan..hmm pandai anak ibu ye, sama perangai cam ibu suka berjalan :-)

senyum la sikit sayang oii



dap dap nye..sila tengok je



bagi anak kenyang dulu pastu baru ibu mamam ye

lastnye dua beranak tertidor kekeyangan

Friday, October 24, 2014

berat badan naik???

arghhhh rase nak menjerit macam azuin arifin , sebab ini orang akan menjerit bila berat badan nya naik, kini aku pun sama terjebak. nasib baik timbang kat pasaraya tadi bole dicontrol kalau kat rumah  mau menjerit ala mak jemah


sebelum mengandung = 61kg - 63 kg
semasa mengandung = 78kg
lepas pantang = 64kg
lepas mengabaikan pantang = 66.7kg
kini (24/10/2014) = 68.3kg

 oh tidak! mengapa! kenapa! berat badan ku naik semula


ni la akibatnya bila selera menjadi jadi..tolong le tolong le saya nak KURUS!! lepas ni kena bertekad betol2 ye cik deera jangan angat2 taik ayam je..lepas ni petang petang kena merajinkan dira untuk berzumba, makan kena sekat2, coklat dan ais KATAKAN TIDAK!! dan makan kena CONTROL hokeh!! jangan lupa supplement tambahan


masa ni aku demok T____T

aku malas nak cakap banyak sebab keciwa cume aku nak korang tengok  entry akan datang  aku berjaya kurus dengan berat badan bawah 60 kg ok..hahaha..tuuuunnggguuuuuu..

Doa kalian mngerigiku..muahh..

bila cerita disalaherti kan

acaner ni citer lain lain plak yang disampaikan..ni la orang melayu cepat sangat kabar angin disampaikan. sahih tak sahih diorang tak peduli. kesian yang jadi mangsa tu..hmm..haru kan bila kita dengar sesuatu cerita tu sampai kat telinga kita tapi kita sangka benda tu betul walhal belum tentu 200% betul atau salah

cerita pagi ni aku dapat tahu ketua pembantu tadbir (cc) kitorang makin teruk sakit nya sampai ada kata dah tenat, dan petang ni diorang nak adakan majlis bacaan yassin untuk cc, terkejut tau aku dengar cerita camtu, benda benda camni bukan bole buat main adik abang kakak pakcik makcik oii..memang di akui cc kitorang tu tak sihat dan sakit akibat kanser seperti yang diceritakan..tapi macam yang aku tahu kesihatan dia makin baik setelah menjalani beberapa rawatan moden di hospital dan rawatan kampong serta rawatan secara islam

tiga hari sebelum aku cuti bersalin kitorang ramai ramai pergi melawat cc kat rumah dia alhamdulillah tengok dia ceria dan sihat..rasanya dah setahun la aku tak jumpa dia, dan hari ni pulak dengar cerita macam ni. tapi yang sebenarnya cc sihat dan ada di hospital menjalani rawatan seperti biasa, berita cc sihat disahkan sendiri oleh staf pejabat ni jugak dan dia juga berjiran dengan cc kami

apapun kami di pejabat mendoakan cc cepat sembuh dan sihat untuk bekerja seperti biasa, terasa rindu nak dengar dia bersembang dari meja ke meja bersama staf, rindu juga suasana makan makan di unit hasil sebab cc suka buat makan makan.peberet dia nasi lemak sambal kurang masin dan teh kurang manis..

 kepada korang kalau dengar sesuatu cerita plez la sahihkan cerita tu dulu ok..


motherhood: happy 4month baby

As Salam..

Hari jumaat yang indah ditemani kasih sayang yang tak kan pudar selamanya untuk suami dan anak..ceewahh..

makin hari makin ceria aku rasa bila tengok anak makin membesar depan mata, alhamdulillah dak ammar dah 4 bulan sekarang ni dan dah banyak akal dia..paling bagusnya anak aku ni bila tiap kali bawak jalan paling senang aku nak melayan kerenah dia ni, tak banyak ragam duduk kan dalam stroller diam je dia tengok sekeliling bila didukung lagi la suka, mangsa nye adalah ayah. kalau bab nak dukung dukung ni ayah sila jalankan tanggungjawab ye ibu nak melengang tangan je hookeh..kan ape dak ammar ni dah pandai nak tarik tarik tudung aku penat okeh aku lilit tudung yang mengambil masa pat ploh pat menet nak dililit..hahaha..tapi bila bab anak dah ngobak akibat ngantok, dahaga nak susu dan nak ngempeng aku la orang nya sape lagi kan kalau bukan mok nye, time tu ayahnya lepas tangan plak. budak kecik kalau dah nangis mesti nak ngan mak kalau ngan pak sorry katanya..hahaha..


yo..yo wasap yo

tugas hakiki si ayah..pasni kita beli baby carrier ye, badan ammar pun dah keras senang sikit nak dukung..mesti comel dua beranak ni nanti kalau pakai baby carrier kan..hihi

sengih ye ko nak..sejibik potostat muka ayah



Monday, October 13, 2014

monday blues

hai..



hmmm..kalau tengok pada gambar korang bole tahu apa yang ada dalam pikiran aku kan?? ye memang betul hari ni isnin hari dimana kemalasan melanda semua orang termasuk aku..hahaha..tapi aku cube untuk menghapykan diri dengan berselpie di pagi hari 




tengok kegedikan di pagi isnin yang terserlah


                                                           jom sambung keja bos dah marah tu!!

Friday, October 10, 2014

Axia vs Iriz

semalam aku ngan laki aku ngan dak ammar ngan mak aku jugak keluar nk pegi jejelan kat sri iskandar kata laki aku nak belanja makan, pas makan tu ktorang singgah Billion jap nak beli bekalan susu dak ammar ni, dah selesai membeli aku ngan laki aku ni lepak la kejap kat Mr. Cendol depan kedai tu ada show car kereta Axia dan Iriz, aku ni pantang nampak keta show camtu mula sebok nak belek sane sini dapat duduk kejap pegang stereng pun jadi la tapi laki aku ni semua tak boleh, tak payah la, kereta semua sama la, mcm2 la.. u tak nak gi bwak anak dok sane biar i yang tengok hokehh!!

emmmmm termenung kejap blur pun ada, aku ni zero pasal kereta  tak tahu nak komen apa tapi laki aku ni pengomen paling banyak, kereta buatan malaysia ni tiru kereta X la, body macam kereta Y la, lampu tiru kereta Z la..bla..bla..bla komen itu ini lagi,lantak abg la

dari nak komen tak tentu pasal tak tahu hujung pangkal baik aku diam,biarkan jari jemari mengoogle maklumat cik Axia dan cik Iriz di alam maya, meh kita usha gambar je..nak citer panjang2 malas

Produa Axia

Proton Iriz


malas nak bangun snap gambar dari jauh je


comel je tayar dia kan


   
kesian dak ammar sampai tertidor ye tunggu opah nya shoping

opah pekena cendol semangkuk


dia pun nak jugak semangkuk















motherhood: ammar vs tidur

hi korang..selamat pagi..agaknya apa ammar buat kat rumah pengasuh kan, mesti tengah tido kot, dak ammar ni kalau tido mmg comel giler suka sangat aku tengok..ni la kegemaran aku suka tangkap gambar kalau dia tengah tido..jom layanzz gambar dak ammar ni..



ni la hari pertama dak ammar bertemu ibu dan ayah nya

masa ni hari ketiga dak ammar demam, dok dlm hospital kena pakai camni sebab nak cepat turunkan suhu

dok dalam bilik air cond kena selubung camni, tak tahan sejuk ni budak

boy and pinky pillow


atas riba ibu pun boleh lena


gambar ni hari raya pertama ammar, tido jela kejanya

gambar ni paling sedih ibu tengok, ammar demam lagi sampai suhu 38.8C tengok tangan ammar kena cucuk pastu ada jarum dan tiub, kesian anak ibu..2 hari jugak ibu teman dia kat hospital



nak bagi budak ni lena tu makan dia


dok diam2 tau ibu nak makan


alolo bolat bolat nye

teropong ibu ngan ayah ke tu

rase nak gigit je pipi dak ammar ni


ni la harta ibu dan ayah dunia akhirat

tidur la arjuna beta ku sayang










Thursday, October 9, 2014

motherhood: pandai pegang botol susu dah

hai..

Dua tiga hari ni memang aku perasan anak aku ni dah pandai pegang botol susu sendri, cuma kekadang ada terlepas dari tangan..go ammar go.. 


pandai dah kecik2 berdikari ye

last nya tertidor juga anak ibu ni (tengok peha nya besar ikut baka aku la tu..hahaha)



motherhood: Majlis Aqiqah dan Berendoi

As Salam..

20 september haritu genap anak ibu tiga bulan, cepat masa berlalu kan..anak ibu pun dah bulat skang, jadi ni la masa nya ibu dan ayah wat majlis kesyukuran (majlis aqiqah dan berendoi) alhamdulillah ada rezeki ammar ibu ngan ayah kekahkan kambing, nanti diatas sane tu la kenderaan ammar, ada rezeki lebih nanti ibu ngan ayah buatkan kekah kan seekor kambing lagi ye. sebab orang kata kalau anak lelaki kena 2 ekor kambing dan anak perempuan seekor sahaja tp bagi anak lelaki kalau tdak berkemampuan lebih bole buat sekor pun xpe

haritu jugak ibu bertungkus lumus dgan mummy, maklong mira dan maklang una utk buatkan ammar buaian yang indah bak berada di kayangan gitu.. punya la kami mendeco hingga larut malam, puas hati sangat ibu rasa walaupun ringkas tapi sangat cantik

mummy pulak tolong buatkan photobooth untuk ammar, sangat best bila bergambar di situ dan dibelakang kan banner dak ammar yang besar dan cute

si ayah nya beria nak bergambar ngan anak nya kat situ malang nya anak dah meragam sebab rimas agaknya dah panas kot..hahaha..si ayah memang suka begambar.dan tak best nya kami tak dapat nak bergambar mahupun berselpie bsama, mna tak nya si ayah sebok melayan tetamu di luar si ibu plak sane kmari mngendong dak ammar ni

walaupun ringkas dan sederhana majlis ni tapi sangat meriah. kedua belah atok opah pun ada skali cuma yang takda paklong maklong maksu paksu belah ayah ammar je..nanti ada rezki tok abah nya nak buatkan kenduri kat kampong pulau tiga pulak..alhamdulillah dalam pukul 4ptg bru la selesai knduri ni, syukur sangat2

jom intai gambar yang sempat di tangkap :-)

 banner dak ammar


comel lor dak ammar ni

ibu ngan ammar

merdu alunan mokcik2 marhaban ni

 
masa ni ammar dah jaga terus ummi dia angkat

singgahsana dak ammar

 
 with opah su yang kecoh

 ni plak opah yang..dia la yang jaga ammar skang

 seronok la tu ye ammar

masa ni ammar dh letih sangat masuk sampai ke mlm dia tido

semoga Muhammad Ammar jadi anak yang soleh, taat pada perintah Allah dan ibu bapa serta mnjadi anak kebanggaan ibu dan ayah ye sayang..ibu ngan ayah sayang sangat kat dia..muah..muah..muah.


i love my family