Sunday, March 29, 2015

Ammar ke Zoo Taiping

Assalammualaikum 😊

ni citer pasal pegi zoo bulan lepas tp baru hari ni nk update..kitaorang pegi masa cuti raya cina..dak ammar ni sebenarnya bukan reti lagi nak tengok binatang2 ni mak pak dia je yg lebih2 terutama ibunya ni..hihi

smp sane ktorg tak pilih pun nak naik keretapi sebab rase rugi, nanti tak berpeluang nk tengok haiwan yang ada dengan lebih dekat lagi..kereta ferrari hijau ammar ada je kami bawak sane kemari, so senang letak dan sorong je dia

lebih kurang 3 jam jugak la kami dok meronda dalam zoo ni dah la panas yang kesian nya kipas bateri ammar dah kong maka berpeluh la anak teruna kami.nasib dah nak sampai pintu keluar baru ammar meragam sebab dah ngantuk sangat

nak balik kami singgah di kuala kangsar, suami tak pernah sampai sini (walaupun lahir kat perak) hihi.. so petang tu kitaorang pekena laksa kuala kat arena di tepi sungai kuala kangsar..abis makan ajak suami ronda kat bukit chandan pi naik masjid dan solat asar disana..kami nak melawat makam disebelah masjid tak dapat sebab dah pukul 6 dan ditutup untuk pelawat..jadi hanya tengok dari jauh dan sedekah kan al fatihah sahaja..lepastu pergi pulak ke muzium pun dan tutup, hanya pusing2 kat istana lama seterusnya kami bergambar

tu saja ceritaku..sekian..hihi

keluarga bahagia






suasana after banjir -part 2

bila dah lepas banjir ni syukur sangat2 semua dah pulih macam biasa..nak citer panjang pun malas sbb budak ammar ni dh bangun tidor, so aku kongsikan gambar dan harap korang faham situasi n3 yg aku kongsikan ini..dgan tagline biar gambar berbicara ✌









Tuesday, February 24, 2015

Banjir bah di Perak Tengah

lama sungguh aku tak singgah blog aku ni..bersawang dah n3 yang lama tu..n3 kali ni nak kongsi pasal banjir yang berlaku di kampong gajah termasuk la rumah mertua aku kat pulau tiga tu..wlupun dah dekat 3 bulan berlalu tapi kesan masih nampak lagi, aku juga antara yang terkena tempias walaupun tak duduk sekali dengan mertua tetapi barang kami berpindah tu memang kami simpan kat sane, nasib baik tak semua barang yang rosak hanya pinggan mangkuk hadiah kawin yang ni aku basuh balik, pakaian pun aku cuci balik, almari tv dan almari solek terpaksa buang sebab lama berendam dalam air, kayu nya jadi kembang dan rosak
hampir dua minggu jugak la banjir ni berlaku..alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik sekarang..rumah pun dah cat baru dan perabot pun dah ditukar kepada yg baru.mari tengok aku kongsi gambar ketika banjir


ni la rumah mertua aku..yg rumput hijau tak kena sebab jalan tu macam menaik sikit
seronok dua beranak ni main rakit..jakun sekejap..haha
best sgt..laki bini ni main rakit
 ni asal nya parit je..tapi dah jadi mcm sungai
rumah jiran ni pn teruk jugak
ni kat dapur






semua barang2 ni habis tenggelam dan rosak..air yang masuk dalam rumah ni scary sgt dh la warna gelap ntah2 ular pun ada..mak ngan abah pun tidur atas nk turun pun takut, bau dalam rumah ni memang busuk

*jom baca n3 selepas banjir pulak



Friday, January 9, 2015

selamat tahun baru 2015

 

Assalammualaikum, pembuka tahun baru 2015 dan masih belum terlambat lagi aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru  kepada semua semoga azam kali ni dapat di laksana dengan berjaya nya..Aamiin mudah mudahan

bila di imbas kembali tahun 2014 pelbagai kejadian dan peristiwa yang berlaku, kita sebagai hamba Allah perlu besabar dan redha dengan ujian nya.. antara kejadian yang berlaku adalah

copy paste by wikipidea

dan tak lupa juga kejadian yang terbaru kita hadapi pada penghujung tahun, bilamana Malaysia kita di uji oleh Allah swt iaitu BANJIR dan antara negeri yang mengalami adalah kelantan, terengganu, pahang, sabah dan perak

keluarga mertua aku juga antara yang terkena dek bah2014, entry seterusnya akan aku ceritakan lagi






i love my family