Assalammualaikum, pembuka tahun baru 2015 dan masih belum terlambat lagi aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua semoga azam kali ni dapat di laksana dengan berjaya nya..Aamiin mudah mudahan
bila di imbas kembali tahun 2014 pelbagai kejadian dan peristiwa yang berlaku, kita sebagai hamba Allah perlu besabar dan redha dengan ujian nya.. antara kejadian yang berlaku adalah
- Calon BN Mat Razi Mat Ail mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Kubor dalam pilihan raya kecil.
- Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor baharu.
- Kuala Nerus diisytiharkan sebagai daerah ke-8 di Terengganu.
- Muktamar PAS 2014 berlangsung di Sri Gading, Johor
- Eksesais Keris Strike 2014 dijalankan Tentera Darat Malaysia di pantai timur Semenanjung Malaysia bersama pasukan USARPAC A.S.
- Pasukan Harimau Muda B-16 memenangi Trofi Juara-Juara Asia B-16 FAM – Frenz 2014.
- Kongres Nasional PKR 2014 berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.
- 20 mangsa yang terkorban dalam nahas MH17 dibawa pulang ke tanah air.
- Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada partinya PKR.
- Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia (gambar pesawat), dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh di timur Ukraine, mengorbankan kesemua 298 orang di dalamnya.
- Perintah berkurung dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri di luar pantai timur Sabah.
- Pegawai Tourism Malaysia Azizul Raheem Awalludin, yang dipenjara di Sweden kerana memukul anaknya, kembali ke Malaysia selepas dibebaskan.
- Tiga menteri baharu dilantik ke Kabinet Malaysia.
- Pahang menewaskan Felda United dalam perlawanan akhir untuk memenangi Piala FA Malaysia 2014.
- Sukan Malaysia XVII ditutup di Perlis.
- Suwaibah Muhammad Nasir berjaya menyempurnakan Larian Terusan Sutera Merentasi Laluan Marco Polo.
- Calon BN yang juga presiden Gerakan Mah Siew Keong memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan 2014.
- Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak ke-35.
- Bekas Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dari Perak mangkat.
- Calon DAP Ramkarpal Singh memenangi pilihan raya kecil Bukit Gelugor 2014, menggantikan bapanya Karpal Singh.
- Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 dilangsungkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
- Diplomat Muhammad Rizalman Ismail yang dikatakan menyerang seorang wanita di Wellington, New Zealand pulang ke Malaysia menggunakan kekebalan diplomatik.
- Dua ekor Panda Gergasi dari China tiba di Malaysia.
- Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Ahmad Said, menimbulkan krisis di negeri itu.
- Malaysia mendapat tempat ketiga dalam Hoki Cabaran Juara-Juara I 2014, edisi terakhir kejohanan itu.
- Pengerusi DAP Karpal Singh meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.
- Tun Dr. Mahathir bin Mohamad mengakui beliau masih berada di Malaysia ketika Peristiwa Memali 1985 terjadi.
- Grand Prix Malaysia 2014 dimenangi oleh Lewis Hamilton.
- Yussibnosh Balo memenangi pilihan raya kecil Balingian 2014, mengekalkan kerusi DUN tersebut bagi pihak BN.
- Penerbangan Malaysia mengumumkan bahawa Penerbangan 370, yang hilang pada 8 Mac, berakhir di selatan Lautan Hindi tanpa ada yang terselamat.
- Wan Azizah Wan Ismail memenangi pilihan raya kecil Kajang 2014, mengekalkan kerusi DUN tersebut bagi pihak PKR.
- Pasukan hoki kebangsaan Malaysia menjadi naib juara Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2014.
- Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia (gambar), dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan dinaiki 239 orang, hilang di Teluk Thailand.
- Jambatan terpanjang di Asia Tenggara, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dirasmikan Perdana Menteri.
- Ketua Menteri Sarawak keempat Abdul Taib Mahmud dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh.
- Adenan Satem mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak kelima.
- Hafiz menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-28 dengan lagu Bahagiamu Deritaku.
- Tahun Melawat Malaysia 2014 (gambar logo) dirasmikan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
copy paste by wikipidea
dan tak lupa juga kejadian yang terbaru kita hadapi pada penghujung tahun, bilamana Malaysia kita di uji oleh Allah swt iaitu BANJIR dan antara negeri yang mengalami adalah kelantan, terengganu, pahang, sabah dan perak
keluarga mertua aku juga antara yang terkena dek bah2014, entry seterusnya akan aku ceritakan lagi