Friday, February 5, 2016

Anak tak sihat lagi

Selasa haritu cikgu Ammar wasup aku dalam pukul 12.45tghr masa tu pulak aku dah keluar awal dengan farah telefon pun tak ada line internet jadi bila balik ofis baru boleh bukak. bila abis waktu rehat orang pulak ramai di kaunter jadi tak ada masa lansung nak tengok telefon, sampai la aku dah nak tutup kaunter baru aku perasan masej cikgu dia

aku tak tahu kenapa Ammar tak sihat lagi ni dah kali KETIGA aku bawak dia pegi klinik, bila dah baik sikit dia demam batuk selsema balik, berbalik2 tiga serangkai ni datang paling teruk batuk dia sampai kan lepas minum susu mesti muntah, dah la budak kecik memang tak reti la nak buang kahak tu sendiri

kali ni aku pergi klinik Dr.Azhar di teluk intan.terus aku mintak nak buat benda ni..buat nebulizer ni adalah kurang sikit selsema dan batuk ammar..balik rumah terus bagi makan ubat.malam tu dia cepat tidur sebab kat taska ammar tak tidor kata cikgu nye mungkin sebab dia batuk kuat

bila dah tidur aku buatkan ubat cara kampong pulak.. aku bakar sikit beberapa ulas bawang putih lepastu masuk bekas lenyek2 sikit aku letak kan minyak johnson kalau nak pakai minyak masak pun boleh tapi tak wangi la tambah lg bau bawang putih tu

minyak tu dah sebati dgn bawang putih baru aku sapu di tapak kaki, belakang badan, di perut dan ubun2 ammar..lebih bawang putih aku gosok kan dihidung ammar. lepastu aku buat kaedah garlic sock.kalau tak tahu sila google ye

alhamdulillah malam tu dia tidur lena.. 3 malam berturut2 aku buat kaedah yang sama

wassup cikgu nawal..slalu masej dalam group wasup taska.tiba2 cikgu mesej personal. sape tak risau dah cmni.. alhamdulillah ammar makin sembuh

beria pulak muka ibu engko ye Ammar..ni muka berharap anak cepat sembuh taw

i love my family