Monday, March 28, 2016



hi korang semalam ahad kan..semalam hari rajin aku nak membaking2, semalam aku try buat cheese tart gebu. enak bangat

n3 ni aku jamu dulu gambar nanti rajin resepi aku kongsi okk

shell tart sudah dbentuk

yehh dah siap..filing dlm tu separuh aku letak blueberry jem dan separuh lg nutella

aummm sedap sgt!!

Friday, February 5, 2016

Anak tak sihat lagi

Selasa haritu cikgu Ammar wasup aku dalam pukul 12.45tghr masa tu pulak aku dah keluar awal dengan farah telefon pun tak ada line internet jadi bila balik ofis baru boleh bukak. bila abis waktu rehat orang pulak ramai di kaunter jadi tak ada masa lansung nak tengok telefon, sampai la aku dah nak tutup kaunter baru aku perasan masej cikgu dia

aku tak tahu kenapa Ammar tak sihat lagi ni dah kali KETIGA aku bawak dia pegi klinik, bila dah baik sikit dia demam batuk selsema balik, berbalik2 tiga serangkai ni datang paling teruk batuk dia sampai kan lepas minum susu mesti muntah, dah la budak kecik memang tak reti la nak buang kahak tu sendiri

kali ni aku pergi klinik Dr.Azhar di teluk intan.terus aku mintak nak buat benda ni..buat nebulizer ni adalah kurang sikit selsema dan batuk ammar..balik rumah terus bagi makan ubat.malam tu dia cepat tidur sebab kat taska ammar tak tidor kata cikgu nye mungkin sebab dia batuk kuat

bila dah tidur aku buatkan ubat cara kampong pulak.. aku bakar sikit beberapa ulas bawang putih lepastu masuk bekas lenyek2 sikit aku letak kan minyak johnson kalau nak pakai minyak masak pun boleh tapi tak wangi la tambah lg bau bawang putih tu

minyak tu dah sebati dgn bawang putih baru aku sapu di tapak kaki, belakang badan, di perut dan ubun2 ammar..lebih bawang putih aku gosok kan dihidung ammar. lepastu aku buat kaedah garlic sock.kalau tak tahu sila google ye

alhamdulillah malam tu dia tidur lena.. 3 malam berturut2 aku buat kaedah yang sama

wassup cikgu nawal..slalu masej dalam group wasup taska.tiba2 cikgu mesej personal. sape tak risau dah cmni.. alhamdulillah ammar makin sembuh

beria pulak muka ibu engko ye Ammar..ni muka berharap anak cepat sembuh taw

Tuesday, January 19, 2016

roti puri

malam tadi tetiba teringin nak makan roti puri terus lupa niat nak kurus..eh takpe la roti je pun kan..hahaha

haritu mak dah pernah buat terus mintak resepi, buat2 menjadi la pulak terus buat doh roti lepas tu biarkan dalam 30 minit baru nak dicanaikan

masa nak tunggu dia naik gebu aku buat kuah sardin je. sardin tu pulak hancurkan2 lepastu letak la ubi kentang dan dipotong dadu

doh yang siap dibulat2 kan
gelek macam buat karipap tu je.kena buat nipis2 lepas tu baru goreng, masa goreng minyak kena byk dan siram atasnya sampai naik kembung.kena buat cepat tau dan terbalik kan puri ni
nampak tak dah kembung
roti puri kembung habaq ang

ni resepinye:
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam
1/2 kecil gula
1 sudu teh yis mauripan (serbuk)
3/4 cawan air panas

korang uli sampai tak melekat tau pastu baru leh wat doh yang bulat2 tadi. tunggu sampai 30 minit atau 1 jam baru boleh goreng.. kuah nye tak kan aku nak ajar pandai2 la korang. cicah dgn kari pun sodap

selamat mencuba ;-)
i love my family