Thursday, June 27, 2013

harum nya masyitah si penyikat rambut anak firaun

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda
”Pada saat malam terjadinya Isra’ saya mencium bau harum, sayapun bertanya, ”Ya Jibril, bau harum apakah ini?”
Jibril menjawab,”Ini adalah bau wangi wanita penyisir rambut putri Fir’aun (Masyithah) dan anak-anaknya.”
Saya bertanya, ”Bagaimana demikian?”
Jibril bercerita,”Ketika dia menyisir rambut putri Fir’aun suatu hari, tiba-tiba sisirnya terjatuh. Dia mengambilnya dengan membaca ”Bismillah (dengan nama Allah).”
Putri Fir’aun : ”Hai, dengan nama bapakku?"
Masyithah : "Bukan, Allah adalah Tuhanku dan Tuhanmu begitu juga Tuhan bapakmu."
Putri Fir’aun : "Kalau begitu, kamu punya Tuhan selain ayahku?"
Masyithah : "Ya."
Putri Fir’aun : "Akan aku lapor*kan pada ayahku."
Masyithah : "Silahkan!"
Putri Fir’aun kemudian melaporkan kepada bapaknya, dan Fir’aun pun kemudian memanggil Masyithah.
Fir’aun bertanya, ”Ya Masyithah, apakah kamu mempunyai tuhan selain aku?”
Masyithah menjawab, ”Ya, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.”
Kemudian Fir’aun memerintahkan untuk mempersiapkan periuk besar dari tembaga untuk dipanaskan. Satu persatu anak wanita tukang sisir itu kemudian dilemparkan ke dalam periuk yang mendidih.
Beberapa saat kemudian, Masyithah berkata kepada Fir’aun,”Saya mempunyai satu permohonan.”
Fir’aun : "Katakanlah."
Masyithah :,"Saya ingin engkau mengumpulkan tulang-tulangku dan tulang-tulang anakku dalam satu kain/kantong untuk kemudian dikuburkan."
Fir’aun : "Akan aku penuhi permintaanmu."
Lalu satu demi satu anaknya dilemparkan ke dalam periuk mendidih itu di depan matanya, sampai akhirnya tinggal seorang bayi yang masih menyusu. Pada saat itu wanita tukang sisir nampak ragu-ragu.
Si bayi diatas gendongan Masyithah, atas izin Allah tiba-tiba berbicara,”Terjunlah Ibu! Ayo terjunlah, adzab dunia lebih ringan daripada adzab Akhirat.” Mendengar anaknya berbicara si ibupun langsung terjun bersama bayinya.
Demikianlah sebuah kisah yang tercantum dalam Musnad Imam Ahmad, 4/291-295 dan juga tercantum dalam Majma’uz Zawa’id, 1/65. Anisul Jalabi II, Ali Al-Hazza’. Kisah dari seorang wanita bernama Mashithah yang menjadi penerang kegelapan istana Fir’aun. Dia mempertahankan kebenaran, meskipun berat dan pahit terasa. Lalu siapakah pembawa obor bagi kita di kegelapan abad dua puluh satu ini?

(Pengajaran yang dapat dipetik):
1. Anjuran untuk tetap sabar dan teguh ketika muncul fitnah.
2. Balasan itu sesuai dengan jenis amal yang dikerjakan.
3. Bagi yang bersabar dalam memegang teguh agama dan tidak takut dicela orang nescaya memperoleh pahala dan ganjaran yang sangat besar, sebagaimana firman Allah dalam QS: Az-Zumar: 10, “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala tanpa batas.”
4. Seorang muslim diperbolehkan mengajukan permintaan yang mengandung kebaikan sekalipun kepada thaghut, sebagai*mana kisah ini. Wanita tukang sisir anak gadis Fir’aun meminta agar tulang tubuhnya dan anak-anaknya dikubur menjadi satu.
5. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala senantiasa memberi jalan keluar untuk para waliNya dari musibah atau bencana yang menimpa.
6. Ketetapan karamah Allah yang diberikan bagi orang soleh dan solehah
7. Karamah termasuk dalam kategori peristiwa langka dan luar biasa.

Wednesday, June 19, 2013

tahukah anda?

  1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS
  2. Orang yang pertama minum air zam-zam  : Nabi Ismail AS
  3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS
  4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari kiamat : Nabi Ibrahim AS
  5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari kiamat : Nabi Adam AS
  6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara safa dan marwah : Saidatina Hajar (ibu nabi Ismail AS)
  7. Orang yang pertama di bangkitkan pada hari kiamat : Nabi Muhammad SAW
  8. Orang yang pertama menjadi khalifah islam : Abu Bakar AsSiddiq RA
  9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar Bin Al-Khattab RA
  10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam islam : Al-Hassan bin Ali RA
  11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA
  12. Orang yang pertama syahid dalam islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA
  13. Orang yang pertama syahid dalam islam dari kalangana wanita : Sumayyah binti Khabbat RA
  14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab/lebaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA
  15. Orang yang pertama memanah dalam perjuagan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA
  16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan : Bilal bin Rabah RA
  17. Orang yang pertama bersembayang bersama Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA
  18. Orang yang pertama membuat mimbar masjid nabi SAW :Tamim Ad-Dary RA
  19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuagan Fisabilillah : Az- Zubair bin Al-Awwam
  20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA
  21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwalid RA
  22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafie RH
  23. Orang yang pertama membina penjara dalam islam : Ali bin Abi Thalib RA
  24. Orang yang pertama menjadi raja dalam islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA 
  25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar- Rasyid RH
  26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar Al-Khattab RA
  27. Orang yang pertama menghafal Al-quran selepas Rasullullah SAW : Ali bin Abi Toalib RA
  28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur 
  29. Orang yang pertama di gelar Al- Muqry Mus'ab bin Umair RA
  30. Orang yang pertama masuk syurga : Nabi Muhammad SAW 
Semoga ianya membawa manfaat bersama

Monday, June 17, 2013

ovulasi dan kalendar kesuburan


Hari nak aku nak kongsi tentang fakta ovulasi, dimana aku juga tertanya tanya bagaimana ovulasi berlaku. di sebabkan kurang nya pengetahuan tentang ovulasi aku rajin kan diri men 'google' segala bagai ilmu pengetahuan yang ada dalam internet.

 antara  fakta utama ovulasi
    * Telur cuma berupaya hidup 12-24 jam selepas dilepaskan dari ovari


    * Selalunya cuma satu telur sahaja yang dilepaskan setip kali ovulasi.

    * Ovulasi boleh dipengaruhi oleh tekanan, sakit atau kiranya terdapat gangguan pada rutin seharian.

    * Sesetengah wanita mungkin mengalami pendarahan faraj semasa ovulasi.

    * Implantasi selalunya terjadi 6-12 hari selepas ovualsi.

    * Setiap wanita dilahirkan dengan berjuta-juta telur yang tidak matang yang menunggu untuk dilepaskan.

    * Haid masih boleh berlaku walaupun ovulasi tidak berlaku
.
    * Ovu
lasi juga masih boleh berlaku walaupun haid tidak datang.

    * Sesetengah wanita mungkin merasa sedikit sakit pada bawah perut semasa ovulasi terjadi.

    * Sekiranya telur tidak disenyawakan, ia akan diserap kedalam dinding rahim dan akan gugur bersama-sama darah haid.



 bila ovulasi berlaku kita juga perlu tahu bila waktu kesuburan kitapula, tak boleh main agak je bila tarikh period kita yang terakhir,  kena tahu dengan tepat tarikh tersebut dan boleh la korang buat pemeriksaan dan kajian sendiri.

walaupun aku dah berapa kali test upt namun hampa, dengan kalendar yang ada di bawah ni banyak perkara yang aku dah tahu, so sekarang aku dan suami boleh merancang apa yang patut..hehehe..

mensturation february 2013 calendar                                           mensturation march 2013 calendar 
Soalan doktor, “bilakah tarikh pertama bagi haid terakhir anda?” Anda perlu jawab “12 February 2013“. Kerana kiraan waktu kelahiran akan dimulakan dari tarikh tersebut dan perbezaan hari hanya 1 minggu awal atau lambat sahaja. Memang la bukan tarikh yang tepat, tapi ia bagus untuk persediaan si ibu.
Untuk menentukan anda mengandung pula begini caranya. Pada kalendar bulan March 2013, kitaran haid anda bermula pada 12 March 2013 tetapi darah haid tiada. Kalau diikutkan perkiraan dah lewat, pada hari ini (14 March 2013) haid sudah lewat 3 hari. Jadi, jangan excited dulu. Tunggu lagi 4 hari. Cukupkan 7 hari, kemudian baru buat pemeriksaan UPT dengan rangkaian UPT test anda miliki. Hahaha.
Tahniah jika anda mengandung! Jika keputusan negatif, silalah berjumpa doktor untuk lakukan ultra sound. Peringatan, lakukan ultra sound pada minggu ke-8 ye.
Kiraan minggu mengandung pula bukan dari tarikh pertama haid seperti 12 February 2013 – 19 February 2013 dah 1 minggu. Masa tu persenyawaan belom berlaku. Hahaha. Kebanyakan wanita selepas 2 atau 3 hari dah rasa bersih dari darah haid baru mereka manja-manja mendekati suami.
Jadi, untuk mengetahui berapa minggu anda mengandung. Ambil tarikh pertama bagi haid terakhir, iaitu 12 February 2013. Kira 14 hari selepas tarikh tersebut. Maka pada 26 February 2013 adalah bermula anda boleh kira berapa minggu kandungan anda.

Trimester Pertama
 
Bulan Pertama
26 Feb 2013 – 5 Mar 2013 : 1 minggu
5 Mar 2013 – 12 Mar 2013 : 2 minggu
12 Mar 2013 - 19 Mar 2013 : 3 minggu
19 Mar 2013 – 26 Mar 2013 : 4 minggu
 
Bulan Kedua
26 Mar 2013 – 2 April 2013 : 5 minggu
2 April 2013 – 9 April 2013 : 6 minggu
9 April 2013 – 16 April 2013 : 7 minggu
16 April 2013 – 23 April 2013 : 8 minggu (waktu sesuai untuk lakukan ultra sound)
 
Bulan Ketiga
23 April 2013 – 30 April 2013 : 9 minggu
30 April 2013 – 7 Mei 2013 : 10 minggu
7 Mei 2013 – 14 Mei 2013 : 11 minggu
14 Mei 2013 – 21 Mei 2013 : 12 minggu
 
Trimester Kedua
 
Bulan Keempat
21 Mei 2013 – 28 Mei 2013 : 13 minggu
28 Mei 2013 – 4 Jun 2013 : 14 minggu
4 Jun 2013 – 11 Jun 2013 : 15 minggu
11 Jun 2013 – 18 Jun 2013 : 16 minggu
 
Bulan Kelima
18 Jun 2013 – 25 Jun 2013 : 17 minggu
25 Jun 2013 – 2 July 2013 : 18 minggu
2 July 2013 – 9 July 2013 : 19 minggu
9 July 2013 – 16 July 2013 : 20 minggu
 
Bulan Keenam
16 July 2013 – 23 July 2013 : 21 minggu
23 July 2013 – 30 July 2013 : 22 minggu
30 July 2013 – 6 Aug 2013 : 23 minggu
6 Aug 2013 – 13 Aug 2013 : 24 minggu
 
Bulan Ketujuh
13 Aug 2013 – 20 Aug 2013 : 25 minggu
20 Aug 2013 – 27 Aug 2013 : 26 minggu
27 Aug 2013 – 3 September 2013 : 27 minggu
3 September 2013 – 10 September 2013 : 28 minggu
 
Trimester Ketiga
 
Bulan Kelapan
10 September 2013 – 17 September 2013 : 29 minggu
24 September 2013 – 1 Oktober 2013 : 30 minggu
1 Oktober 2013 – 8 Oktober 2013 : 31 minggu
8 Oktober 2013 – 15 Oktober 2013 : 32 minggu
 
Bulan Kesembilan
15 Oktober 2013 – 22 Oktober 2013 : 33 minggu
22 Oktober 2013 – 29 Oktober 2013 : 34 minggu
29 Oktober 2013 – 5 November 2013 : 35 minggu
5 November 2013 – 12 November 2013 : 36 minggu
 
Persediaan Bersalin.  Good luck!
12 November 2013 – 19 November 2013

Tuesday, June 4, 2013

hero tamil ku



sape sini suka tengok filem tamil? aku ni peminat setia cerita tamil, siaran astro 202 (astro vellithirai) adalah siaran untuk kaum india tapi di sebabkan cerita cerita yang di tayangkan ada sarikata atau disebut subtitle menjadikan aku orang yang paling setia dengan siaran tersebut, bagi aku lebih syok tengok filem tamil dari drama melayu yang ada sekarang ni, tapi tak semua drama melayu tak best kan?!!

aku paling suka cerita tamil yang bergenre kisah orang kampong, aksi dan komedi. walaupun kadang kadang kita tengok banyak mengarut je tapi hati tetap nak layan sampai habis nak tahu ending dia macamane padahal dah tahu mesti hero yang menang, cerita tamil atau hindustan tak pernah hero mati atau kalah nak menang je memanjang. dan yang baik nya cerita tamil ni dia ada pengajaran yang tersendiri dan apa yang dilakon kan adalah cerita yang benar benar berlaku di negara yang kepadatan penduduk seramai 199 juta orang

bukan semua cerita tamil aku layan kena tengok jugak pada hero nye, ada yang hansome ada yang bukan taste aku. yang penting jalan cerita menarik dan ada desyum desyum, antara hero yang paling aku suka adalah Joseph Vijay Chandrasekhar atau di kenali Vijay, di bawah ni rupa hero tamil aku
 
                                                kacak tak??tapi kacak lagi suami ku..hahaha..

nama : Joseph Vijay Chandrasekhar
lahir : 22 June 1974 (age 39)
asal :  Chennai, Tamil Nadu, India
pekerjaan : pelakon, penyanyi latar dan penari
isteri :  Sangeeta Sornalingam
anak : 2  (Jason Sanjay/ Divya Saasha)

anugerah yang dimenangi :
ni sesetengah perkara yang aku google tentang dia, kalau korang nak tahu selanjut nya boleh la google dekat Wikipedia vijay (actor) kalau nak cerita pasal dia sepenuhnya memang sampai esok tak habis, apa pun setiap negara ada mutu filem yang baik dan yang penting sesuatu jalan cerita menarik dan ada pengajaran

                                                       
i love my family