Hari nak aku nak kongsi tentang fakta ovulasi, dimana aku juga tertanya tanya bagaimana ovulasi berlaku. di sebabkan kurang nya pengetahuan tentang ovulasi aku rajin kan diri men 'google' segala bagai ilmu pengetahuan yang ada dalam internet.
antara fakta utama ovulasi
* Telur cuma berupaya hidup 12-24 jam selepas dilepaskan dari ovari
* Selalunya cuma satu telur sahaja yang dilepaskan setip kali ovulasi.
* Ovulasi boleh dipengaruhi oleh tekanan, sakit atau kiranya terdapat gangguan pada rutin seharian.
* Sesetengah wanita mungkin mengalami pendarahan faraj semasa ovulasi.
* Implantasi selalunya terjadi 6-12 hari selepas ovualsi.
* Setiap wanita dilahirkan dengan berjuta-juta telur yang tidak matang yang menunggu untuk dilepaskan.
* Haid masih boleh berlaku walaupun ovulasi tidak berlaku .
* Ovulasi juga masih boleh berlaku walaupun haid tidak datang.
* Sesetengah wanita mungkin merasa sedikit sakit pada bawah perut semasa ovulasi terjadi.
* Sekiranya telur tidak disenyawakan, ia akan diserap kedalam dinding rahim dan akan gugur bersama-sama darah haid.
bila ovulasi berlaku kita juga perlu tahu bila waktu kesuburan kitapula, tak boleh main agak je bila tarikh period kita yang terakhir, kena tahu dengan tepat tarikh tersebut dan boleh la korang buat pemeriksaan dan kajian sendiri.
walaupun aku dah berapa kali test upt namun hampa, dengan kalendar yang ada di bawah ni banyak perkara yang aku dah tahu, so sekarang aku dan suami boleh merancang apa yang patut..hehehe..


Soalan doktor, “bilakah tarikh pertama bagi haid terakhir anda?” Anda perlu jawab “12 February 2013“. Kerana kiraan waktu kelahiran akan dimulakan dari tarikh tersebut dan perbezaan hari hanya 1 minggu awal atau lambat sahaja. Memang la bukan tarikh yang tepat, tapi ia bagus untuk persediaan si ibu.
Untuk menentukan anda mengandung pula begini caranya. Pada kalendar bulan March 2013, kitaran haid anda bermula pada 12 March 2013 tetapi darah haid tiada. Kalau diikutkan perkiraan dah lewat, pada hari ini (14 March 2013) haid sudah lewat 3 hari. Jadi, jangan excited dulu. Tunggu lagi 4 hari. Cukupkan 7 hari, kemudian baru buat pemeriksaan UPT dengan rangkaian UPT test anda miliki. Hahaha.
Tahniah jika anda mengandung! Jika keputusan negatif, silalah berjumpa doktor untuk lakukan ultra sound. Peringatan, lakukan ultra sound pada minggu ke-8 ye.
Kiraan minggu mengandung pula bukan dari tarikh pertama haid seperti 12 February 2013 – 19 February 2013 dah 1 minggu. Masa tu persenyawaan belom berlaku. Hahaha. Kebanyakan wanita selepas 2 atau 3 hari dah rasa bersih dari darah haid baru mereka manja-manja mendekati suami.
Jadi, untuk mengetahui berapa minggu anda mengandung. Ambil tarikh pertama bagi haid terakhir, iaitu 12 February 2013. Kira 14 hari selepas tarikh tersebut. Maka pada 26 February 2013 adalah bermula anda boleh kira berapa minggu kandungan anda.
Trimester Pertama Bulan Pertama 26 Feb 2013 – 5 Mar 2013 : 1 minggu 5 Mar 2013 – 12 Mar 2013 : 2 minggu 12 Mar 2013 - 19 Mar 2013 : 3 minggu 19 Mar 2013 – 26 Mar 2013 : 4 minggu Bulan Kedua 26 Mar 2013 – 2 April 2013 : 5 minggu 2 April 2013 – 9 April 2013 : 6 minggu 9 April 2013 – 16 April 2013 : 7 minggu 16 April 2013 – 23 April 2013 : 8 minggu (waktu sesuai untuk lakukan ultra sound) Bulan Ketiga 23 April 2013 – 30 April 2013 : 9 minggu 30 April 2013 – 7 Mei 2013 : 10 minggu 7 Mei 2013 – 14 Mei 2013 : 11 minggu 14 Mei 2013 – 21 Mei 2013 : 12 minggu Trimester Kedua Bulan Keempat 21 Mei 2013 – 28 Mei 2013 : 13 minggu 28 Mei 2013 – 4 Jun 2013 : 14 minggu 4 Jun 2013 – 11 Jun 2013 : 15 minggu 11 Jun 2013 – 18 Jun 2013 : 16 minggu Bulan Kelima 18 Jun 2013 – 25 Jun 2013 : 17 minggu 25 Jun 2013 – 2 July 2013 : 18 minggu 2 July 2013 – 9 July 2013 : 19 minggu 9 July 2013 – 16 July 2013 : 20 minggu Bulan Keenam 16 July 2013 – 23 July 2013 : 21 minggu 23 July 2013 – 30 July 2013 : 22 minggu 30 July 2013 – 6 Aug 2013 : 23 minggu 6 Aug 2013 – 13 Aug 2013 : 24 minggu Bulan Ketujuh 13 Aug 2013 – 20 Aug 2013 : 25 minggu 20 Aug 2013 – 27 Aug 2013 : 26 minggu 27 Aug 2013 – 3 September 2013 : 27 minggu 3 September 2013 – 10 September 2013 : 28 minggu Trimester Ketiga Bulan Kelapan 10 September 2013 – 17 September 2013 : 29 minggu 24 September 2013 – 1 Oktober 2013 : 30 minggu 1 Oktober 2013 – 8 Oktober 2013 : 31 minggu 8 Oktober 2013 – 15 Oktober 2013 : 32 minggu Bulan Kesembilan 15 Oktober 2013 – 22 Oktober 2013 : 33 minggu 22 Oktober 2013 – 29 Oktober 2013 : 34 minggu 29 Oktober 2013 – 5 November 2013 : 35 minggu 5 November 2013 – 12 November 2013 : 36 minggu Persediaan Bersalin. Good luck! 12 November 2013 – 19 November 2013
No comments:
Post a Comment