Thursday, September 19, 2013

kemalangan zaiton sameon

bila tengok filem kisah zaiton sameon aku sangat kasihan tengok kehidupan dia selepas kemalangan, dengan sekelip mata hidup nya berubah. setiap manusia yang dijadikan tuhan memang ada ketika nya kita berada di atas dan ketika nya kita akan berada di bawah. justeru itu sentiasa la kita beringat kita hanya manusia biasa yang mempunyai kelebihan dan kekurangan..muhasabah diri sebelum semuanya berakhir termasuk peringatan untuk diriku..

dekat bawah ni aku selitkan cerita yang aku ambil dari blog Arkib Negara

 21 Februari 1990. Kisah sedih yang menimpa Zaiton Sameon itu kini sedang difilemkan dan akan ditayangkan pada 2012. Penyanyi popular 1980-an itu cedera parah di bahagian kepala setelah terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Batang Kali. Kecederaan Zaiton dikatakan telah melemahkan daya ingatannya hingga memusnahkan terus kegemilangan yang pernah dikecapinya sebagai penyanyi suatu masa dahulu. Lebih menambahkan kesengsaraan ialah apabila anak tunggal Zaiton, Azirwan Abu Bakar, meninggal dunia dalam kemalangan yang sama. Van yang mereka naiki telah dilanggar oleh lori dalam kemalangan dahsyat itu (ada digambarkan dalam filem). Seorang lagi yang meninggal dunia ialah pemuzik pengiring Zaiton, Ismail Shaari.

Zaiton Sameon terlantar di Wad ICU & Wad 6A, Hospital Besar, Kuala Lumpur selama 83 hari sejak hari pertama kemalangannya. Gambar-gambar di bawah ialah keadaan beliau semasa hari terakhirnya di hospital itu pada 14 Mei 1990 sebelum dibenarkan pulang ke rumah. Masih kelihatan jelas kesan parut pada bahagian leher dan bawah mulutnya. Kakitangan hospital dan para peminat melambaikan tangan semasa melihat Zaiton dibawa pulang oleh ahli keluarganya 
 zaiton sameon semasa muda
zaman kegemilangan zaiton sameon
ini lah wajah terbaru zaiton sameon

Tuesday, September 17, 2013

belajo bahse pey rock

MARI BELAJAR BAHASA PERAK. PILIH JAWAPAN YG SESUEI.

1."_______ ler le sikit ngayuhnye pun, tutup kedei besi bughuk tu kaghang mau mangko nunggu tokeh tu mukok balik esok."
a) lekeh
b) laju
c) cepat
d degheih

2.'cher mengkemer biler lalu-lalang kat situ jangan dipijok buchu tiko tu, abeh ______ hujung tiko dilantok nyer.'
a) menchakoh
b) nyeluin
c) tekeipok
d) bergulung

3.'pekehei dibiokan pintu tu ________, jenguk dik langsuyo kaghang, komer jugak yg ngigo sampei ke subuh.'
a) tebongeh
b) tenganger
c) tepongor
d) tebongkang

4.'sedang ber-jalan2, entoh ape pasei tibe2 teman _________ ke dalam sebuah lubang beso, abih seluin baju teman.'
a) tejeghombab
b) tepeghosok
c) tepegholoh
d) tejeghumuih
  

atenye cube le jawab yer kome

Friday, September 13, 2013

Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam 2013

bangga sangat rasanya bila pejabat aku menang besar di majlis anugerah inovasi sektor awam 2013 yang berlansung dengan jaya nya di dewan arena square teluk intan. Pejabat daerah dan tanah hilir perak dipilih sebagai pemenang bagi kategori pejabat daerah dan tanah, hadiah yang dimenangi merupakan wang ringgit berjumlah RM 300,000.00 , trofi dan juga sijil
kat bawah ni aku link kan berita dalam sinar harian
http://www.sinarharian.com.my/aisa-iktiraf-inovasi-sektor-awam-1.201699
 antara calon yang telah disenarai pendek kan
 atur cara majlis
 cek bernilai RM 300,000.00
 trofi diserahkan oleh Ketua Setiausaha Negara
warga pej.daerah dan tanah hilir perak bersorak tanda kemenangan
 mercu kebanggaan teluk intan
trofi kemenangan kami

semoga kejayaan yang di perolehi akan menaikkan lebih semangat semua pekerja sektor awam



Tuesday, September 10, 2013

13 Rahsia yang perlu kita tahu

Inilah dia 13 rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam    kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain

Raya 2013 di PDTHP

Salam pada semua, lebih sebulan rasa nya tak update blog ni sebuk sesangat sampai tak ada masa konon nya..last update masa puasa la ni dah lepas raya baru aku muncul balik. jom layan gambar sempena sambutan hari raya 2013 pejabat tanah dan daerah hilir perak yang dia adakan di perkarangan rumah Tuan DO kita :-)
 hamper ni kitaorang menang tempat pertama gerai tercantik yer uollss
 
wanita dari unit hasil
aweks2 cun dengan basikal klasik

i love my family