Thursday, September 19, 2013

kemalangan zaiton sameon

bila tengok filem kisah zaiton sameon aku sangat kasihan tengok kehidupan dia selepas kemalangan, dengan sekelip mata hidup nya berubah. setiap manusia yang dijadikan tuhan memang ada ketika nya kita berada di atas dan ketika nya kita akan berada di bawah. justeru itu sentiasa la kita beringat kita hanya manusia biasa yang mempunyai kelebihan dan kekurangan..muhasabah diri sebelum semuanya berakhir termasuk peringatan untuk diriku..

dekat bawah ni aku selitkan cerita yang aku ambil dari blog Arkib Negara

 21 Februari 1990. Kisah sedih yang menimpa Zaiton Sameon itu kini sedang difilemkan dan akan ditayangkan pada 2012. Penyanyi popular 1980-an itu cedera parah di bahagian kepala setelah terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Batang Kali. Kecederaan Zaiton dikatakan telah melemahkan daya ingatannya hingga memusnahkan terus kegemilangan yang pernah dikecapinya sebagai penyanyi suatu masa dahulu. Lebih menambahkan kesengsaraan ialah apabila anak tunggal Zaiton, Azirwan Abu Bakar, meninggal dunia dalam kemalangan yang sama. Van yang mereka naiki telah dilanggar oleh lori dalam kemalangan dahsyat itu (ada digambarkan dalam filem). Seorang lagi yang meninggal dunia ialah pemuzik pengiring Zaiton, Ismail Shaari.

Zaiton Sameon terlantar di Wad ICU & Wad 6A, Hospital Besar, Kuala Lumpur selama 83 hari sejak hari pertama kemalangannya. Gambar-gambar di bawah ialah keadaan beliau semasa hari terakhirnya di hospital itu pada 14 Mei 1990 sebelum dibenarkan pulang ke rumah. Masih kelihatan jelas kesan parut pada bahagian leher dan bawah mulutnya. Kakitangan hospital dan para peminat melambaikan tangan semasa melihat Zaiton dibawa pulang oleh ahli keluarganya 
 zaiton sameon semasa muda
zaman kegemilangan zaiton sameon
ini lah wajah terbaru zaiton sameon

No comments:

Post a Comment

i love my family