Wednesday, October 16, 2013

Nak Anak?

setiap orang yang dah berkahwin mesti ada keinginan untuk menimang cahaya mata dan mempunyai zuriat serta keturunan sendiri. Begitu juga dengan aku dan suami, kami dah kawin l tahun 5 bulan. Awal perkahwinan aku di sahkan hamil selepas sebulan berkahwin, namun Allah swt lebih berkuasa. kandungan yang berusia hampir 12 minggu telah gugur.
Aku pun tak tahu camane boleh jadi macam tu mungkin aku salah makan kot, 4 hari sebelum aku gugur aku teringin sangat nak makan nasi ayam black paper dan air kelapa. jadi bila dah teringin sangat harus la kena cari kan..bila dah beli sedap sangat la aku makan sampai tak ingat kesan yang akan datang, akhirnya aku demam keesokan hari..aarghh..mula la detik-detik kesedihan aku dan suami, aku tak tahu nak mula camana, kalau boleh tak nak ingat kejadian tu bukan apa aku tak nak sedih-sedih lagi. dalam pemikiran kami usaha doa dan tawakal yang penting saat ni..next aku sambung kisah keguguran aku..teruskan membaca~_~

No comments:

Post a Comment

i love my family