Wednesday, October 16, 2013

keguguran

tarikh keramat yang tak akan aku lupakan hingga akhir hayat ku

25/4/2012 = aku kedatangan haid
28/4/2012 = nikah dan majlis perkahwinan
selepas habis haid adalah minggu kesuburan aku..dengan kuasa tuhan bulan 5 haid aku tak datang, aku ambil keputusan untuk cek sendiri memang terkejut subhanallah terdapat 2 line..ambil keputusan pergi klinik untuk dapat kepastian dari doktor, akhirnya doktor sahkan aku memang hamil.. Ya Allah gembira nya hati kami, namun Allah lebih mengetahui segalanya
14/7/2012 = aku tumpah darah sedikit, hati mula gelisih macam-macam dalam pemikiran. langkah pertama aku pergi ke klinik dulu.sampai sane diorang cek dan minta aku segera ke hospital, sampai saja hospital terus dimasuk kan ke bahagian kecemasan, tahu je la hospital kerajaan ni punya servis camane, tunggu punya tunggu aku di sorong ke wad biasa, sampai sane je doktor cek serba serbi dan scan pastu doktor mintak aku balik dulu dalam masa dua minggu kalau ada pendarahan aku kena segera kembali ke hospital, masa tu aku sangka mungkin tak ada pape, suami pulak duduk jauh lepas kawin tak duduk sama lagi sebab suami bekerja di puchong. sehari suntuk aku di hospital suami tak dapat nak balik cepat hanya mak dan ayah la banyak membantu aku, mereka la penguat semangat aku
15/7/2012 = keluar wad dan tunggu dalam masa dua minggu
17/7/2012 = pagi tu lepas bangun tidur perut sangat sakit kalau sakit sengugut tu 2x lagi sakit nya, sampai aku berguling menahan kesakitan, darah dah mula keluar sedikit, saat macam ni aku perlukan suami di sisi, suami pulak tak balik aku cakap tak ada pape yang pastinya aku tak nak dia susah hati, last nya aku telefon mak dengan ayah kat tempat kerja, memang pecut la ayah nak hantar aku kat hospital balik. suami pun aku dah telefon, pagi tu jugak dia gerak dari sana. sampi je hospital aku terus ke unit kecemasan dan disorong ke katil. kain batik yang aku pakai memang dah penuh dengan darah tilam yang aku baring pun bertukar dari putih ke merah, bayang kan betapa banyak nya darah yang keluar masa tu, masa baring menahan kesakitan yang kadang datang sekejap-sekejap,mulut aku pun tak berhenti beristifar, lepas tu datang la 2 orang doktor lelaki berketurunan india dan melayu datang buat scan dan tekan dari perut ke ari-ari, dah buat semua tu ambil report bagai dan blah macam tu je. geram sangat aku dah la sakit di biarkan macam tu je. masa tu jugak la aku rasa nak terkencing memang tak boleh nak tahan dah aku tengok doktor ngan nurse semua sebuk kebetulan pulak masa aku masuk wad tu ada budak kemalangan lagi parah dari kes aku. malas nak pikir panjang aku pun pergi sendiri, tandas pulak dah la jauh sampai sane terus aku mencangkung atas lantai, pop!! keluar seketul benda putih yang dah berbentuk seperti janin, Ya Allah berderai air mata aku keluar sayu yang amat sangat. aku pegang benda tu aku belek zuriat ku, Ya Allah aku redha dengan ujian mu. aku letak semula di lantai dan keluar nak mencari nurse. janin ku di letak kan dalam bekas urine air kencing. masa aku ke katil semula aku lihat mak dah ada, hati aku lega cuma suami yang tercinta tak sampai lagi, tiba2 aku rasa nak terkencing lagi terus aku ke tandas ditemani mak. sama jugak macam tadi lepas buang air kecil jatuh seketul lagi cuma kali ni warna merah pekat dan berketul, masa tu mak yang kutip kan dan masuk dalam macam bekas urine tadi, mak cakap mungkin benda tu uri. bila dah bersih pakaian semula aku di masuk kan ke wad biasa. sampai sana aku di cek lagi kata doktor semua ketulan dah keluar dan aku tak perlu nak buat D&C aku di kategorikan miscarriege normal. bila dengar kan tu semua hati sedikit senang sebab tak perlu nak buat d&c nanti tak pasal kena korek untuk buang sisa yang ada. bila balik ke katil setelah di periksa aku lihat suami yang ku nanti dah ada di tepi katil, muka dia sangat sayu tapi masih boleh nak beri senyuman kat aku. mak dengan ayah keluar tinggalkan kami berdua mungkin diorang faham. apa lagi air mata yang lama aku simpan meleleh keluar aku peluk suami dalam tanggisan aku minta maaf pada dia sebab tak dapat nak jaga anak kita. syukur pada tuhan suami ku seorang yang penyabar dia la yang banyak nasihat, mungkin ini bukan rezeki kami, aku pasrah Ya Allah dengan ujian mu
18/7/2012 = keluar hospital (mc 2 minggu)
17/7 - 24/7/2012 = 8 hari keluar darah nifas
17/7 - 7/8/2012 = 22 hari berpantang  

entry lepas ni aku akan kongsi maklumat supaya boleh hamil semula :-)

No comments:

Post a Comment

i love my family