:: kali pertama aku cuba dapatkan khidmat di Klinik Jyothi Teluk Intan, Perak No. 94, Jalan Pasar, 36000, Teluk Intan, Perak, masa aku pergi period belum datang lagi doktor just scan dan bagi folic acid je, hari pertama period aku pergi semula ke klinik dan doktor bagi pil hormon Clomid (kalau tak silap) aku kena makan dan bila hari subur harus bersama suami. bulan berikutnya period masih datang seperti biasa, plan pertama gagal
:: seterusnya aku usaha pergi hospital pakar di Ipoh, Hospital Pantai Puteri iaitu Klinik Datin Dr Mimin Tarmini Suite 307, 3rd Floor Medical Mall, 126, Jalan Tambun, 31400, Ipoh, Perak (Hospital Pantai Ipoh, Tingkat 3) di klinik ni pun sama macam cerita di atas cuma masa scan dotor terpaksa masukan alat seperti besi panjang ke dalam tempat peranakan, alhamdulillah rahim aku ok dan tak ada masalah, bila tiba period pertama seingat aku doktor ada bagi ubat kalau tak silap pil hormon juga dan pada tarikh sekian (tak ingat juga) aku kena datang semula ke klinik masa tu la doktor bagi suntikan dekat pangkal rahim untuk kesuburan then aku kena bersama suami pada masa doktor cadangkan. masa pergi klinik untuk cucuk dalam pukul 4 ptg jadi kena bersama dalam masa 12 jam, so waktu kena bersama pukul 4 pg, malangnya kami terlepas waktu untuk bersama, rugi-rugi..hihihi, apapun kami redha sebab ni salah sendiri, kami tetap tak putus asa
:: kali ketiga aku pergi R.S Specialist Clinik 36, Jalan Fairk Park,31400 Ipoh Perak, masa aku pergi belum period lagi aku bajet mungkin period aku datang dalam 2 hari lagi..14/10/2013 tarikh aku ke klinik dan disana sebelum masuk jumpa doktor nurse akan ambil segala maklumat diri dan sejarah penyakit keluarga aku, bila dah masuk bilik aku kena tangalkan pakaian dalam,doktor buat pemeriksaan payudara kemudian dia scan perut aku takut-takut rahim aku senget dan katanya rahim aku tak ada masalah semua ok, lepastu dia periksa plak kemaluan aku dengan memasukkan beberapa jarinya, so far segala nya ok. cuma aku tak puas hati doktor ni tak pandai cakap melayu adalah pulak jurubahasa di sebelah dia menerangkan semua kat aku, bukan aku tak faham bahasa inggeris kalau boleh biar dia sendiri yang cakap dan kita nak bertanya balik pun senang. masa ambil ubat nurse bagi aku ubat kuatkan rahim dan vitamin, lepastu aku kena datang masa period pertama atau kedua untuk mengambil ubat kesuburan, tapi sampai sekarang aku menulis n3 ni period aku masih tak datang lagi dah lewat seminggu..adakah dah ada?? menjadi persoalan sungguh, apapun aku sentiasa berdoa ada rezeki anak untuk kami
No comments:
Post a Comment