Tuesday, December 23, 2014

best mee curry in ipoh

hari sabtu haritu aku ngan family pi bawak mak ke klinik di kantan chemor, kitaorang pegi pun dah pukul 3 petang sebab pagi tu singgah kampong ada kenduri makan2 oleh adik beradik ayah kat rumah opah. yang pegi pun mak, ayah, adik lelaki, anak aku dan juga tuan punya blog ni, suami dan adik perempuan aku tak pergi sebab diorang kerja

sampai je, klinik tutup cuma malam je bukak balik, so tak kan nak tunggu kat situ sampai malam, pas tu mak cakap isnin nanti baru datang balik. sebelum nak balik rumah ayah bawak kitaorang pergi makan kat gerai WAN MEE KARI di manjoi

aku dengan mak makan kueh tiaw kari ayah pulak makan mee kari dan adik aku makan kueh tiaw goreng dan dak ammar tengok je..hihi, sangat sedap dan terasa lemak kari dia yang lemak2 masin. tapi ayah aku cakap dulu lagi sedap sebab mak dia yang buat sekarang anak dia yang usahakan, kata ayah banyak kureng nya berbanding dulu, kalau dulu berbaris orang nak beli tapi sekarang gerai nya agak sunyi sepi


gerai ni tepi jalan je

fish cake nye besar gedabak kan

budak manja dengan opah nya



Monday, December 22, 2014

happy half birthday our sweet little love

hi..selamat berhari isnin kawan2 semua..

semalam 21/12/2014 cukup la dak ammar usia nya 6 bulan..dah separuh tahun umur anak ibu ni, so aku ngan incik adi pakat nak bawak dak ammar ni gi makan angin buang angin di teluk batik. kitaorang gerak dah kul 11 pagi lambat sikit sebab memasing lambat bangun, hari cuti katakan tapi subuh tidak dilupai

sampai sane dah kul 12 tgahari, makk oii ramai nya manusia kat sane nasib baik dapat parking dekat senang hati rasenya cuma yang tak senang hati ni ada pulak pertunjukan motor2 klasik dan yang moden, bukan aku tak suka pasal pertunjukan tu tapi aku tak suka mat-mat motor yang ada sane semua nya memekak dok press2 motor tu, dah la bising 1 hal lepastu penuh asap pulak..kemon la korang situ tempat orang beriadah sekeluarga bukan tempat nak menghidu asap motor cabuk korang tu

apapun aku dan incik adi sangat gembira anak kesayangan kami dah 6 bulan semalam..tak ada sambut pape pun cume bawak dia tengok laut dan makan kfc kat giant manjung, tapi yang makan nye mak pak ammar je..lepastu bole pulak dia mengamuk sebab nak tidur..malu weii dia menjerit sekuat hati dalam kfc tu, berlari ayah nya pegi kat kereta buatkan susu dak ammar ni, baru lah lena dah kena sebotol besar susu maka mak pak nya pun kekeyangan 2 pinggan kepci


beristirehat ye nak


tak payah tengok kamera tu, tengok laut depan ni

cantik kan nak laut tu

duduk lagi (sambil jeling ibu)

  
yeh ibu dah dokong kita la

suami dan ayah yg terbaikkkk!
ammar tak takut air cuma dia geli bila terkena pasir tu
happy family

masa ni dalam giant nak memujuk dari menangis, letak la dia dalam kereta mainan masuk duit 50 sen, bole pulak dah tak nak keluar, tangan merah2 dia pegang stereng tu punya kuat dia gengam

hari ni ibu belanja ammar ipad mainan..ni hadiah dari ibu tau sayangg



ipad mainan ni aku beli online facebook je..RM 69 hengget..mainan ni bayi dari umur 6 bulan dah boleh main, sambil meniarap dia boleh tekan2 gambar dan huruf atas tu nanti akan keluar bunyi binatang dan bacaan alif ba ta, sangat bagus untuk melatih anak dari kecil


 

Friday, December 19, 2014

motherhood: (part 2) my milkbooster

hi korang

ok part 2 ni aku nak cerita pasal my milkbooster, dulu masa dalam pantang susu aku tak semeriah mana, mungkin cukup2 untuk ammar menyusu sebelum aku masuk kerja, tu yang telah aku set dalam minda tapi sebenarnya salah apa yang aku pikir kan tu, Pengeluaran susu bergantung pada keperluan dan penghisapan bayi kita, Anak saraf di dalam puting dirangsang apabila bayi menetek. Semakin kerap bayi menetek, semakin banyak hormon prolaktin yang dikeluarkan dan lebih banyak hormon bererti lebih banyak susu yang terhasil. 

jadi aku kena rajin kan diri menyusukan dak ammar ni supaya aku dapat menghasilkan susu yang banyak dan berterusan sehingga umurnya 2 tahun, tapi bukan mudah kalau kita tahu pengeluaran susu kita ni yang tak berapa banyak, yang penting kita ada usaha dan kegigihan, tak gitu kome..


antara cara aku nak perbanyakkan susu adalah makan dan minum makanan yang boleh meransangkan susu si ibu, antara nya:


aku amalkan qaseh gold (adinda) minuman ni aku amalkan lepas aku gugur 2012 dulu sehingga sekarang 
 
Isi kandung
kini

Minuman kesihatan berasaskan ramuan yang diiktiraf sebagai Makanan Sunnah seperti Kurma , Madu, Za’Faran, Habbatus Sauda’, Buah Tiin, Zaitun & Air Zam-zam. Diperkaya dengan kehebatan herba tradisi seperti Gingko & Sireh. Qaseh Adinda dirumus khas untuk golongan wanita diperkaya dengan herba khusus seperti Passiflora, Pegaga & Manjakani 

Kebaikan mengamalkan Qaseh Gold Adinda :
1. Membekalkan tenaga 2. Menguatkan imun 3. Awet muda 4. Membanyakkan susu ibu 5. Menstabilkan hormon 6. Menambah kadar HB 7. Atasi alahan dan stress 8. Minda cergas 9. Menstabilkan period dan banyak lagi!

yang sebelah adalah minuman koko minda..benda ni aku selalu minum waktu pagi dan malam, ini adalah minuman koko pra-campuran herba. dalam ni mengandungi serbuk koko, kurma, madu, buah tin, kismis dan ekstra ginko biloba..memang sangat baik bagi ibu yang menyusu anak 



ok gambar atas ni adalah kurma cina(merah) atau kurma kering, sebelah tu pulak buah longan kering, benda ni selalu nye kedai ubat cina banyak jual. benda ni korang kena rebus dan ambil air dia untuk dibuat minuman, kalau aku rebus aku suka letak gula sikit bagi ada rasa manis, tapi tak payah banyak sebab manis kurma dah ada,masa kita rebus biar sampai buah ni kembang dan air nya bertukar warna..



yang ni buah kurma dan longan tadi setelah masak, nampak kan buah tu dah kembang dan air nya berwarna macam teh..buah tu boleh makan macam tu je, sedapp




yang ni pulak buah kurma dan kismis..yang ni aku letak dalam beg je, kemana saja pegi aku boleh makan

semua kat atas ni antara yang aku amalkan sehingga sekarang ammar dah umur 6 bulan alhamdulillah susu masih ada lagi..yang penting kita kena usaha yakin dan istiqamah dalam sesuatu perkara


Tuesday, December 2, 2014

motherhood: (part 1) Breastfeeding

hi..

kali ni aku nak cerita pasal breasfeed untuk part 1 dulu, lepas bersalin haritu aku ada masalah untuk susukan ammar, pada mula nya my nipple macam tak banyak keluar kan susu dan disebabkan aku tak ada pengalaman untuk susukan anak jadi dengan suka hati aku telah menyusukan dia tanpa cara yang betul sehinggakan breast jd bengkak dan puting luka, 

lepas balik dari hospital aku pun berurut dengan bidan kampong tapi yang aku pelik nya selalu kalau lepas berurut mak bidan akan urut di sekitar breast kita kan tapi bidan yang ni TIDAK URUT di bahagian situ konon nya aku dah ada susu yang keluar,so dia just urut di anggota badan lain je, keciwa aku rase dan breast masih bengkak keesokan harinya anak pula asik meragam laparkan susu, tapi aku masih bagi dia menyusu walaupun perit sikit masa dihisap tu

esoknya mak aku carikan aku bidan lain pula..kali ni memang bidan ni urut bebetul then dia urutkan kat breast kita tu, memancut mancut keluar susu tu uolss oii..tekejut den tengok, makcik bidan tu kata memang kena buat macam ni bagi lancar susu ni keluar, mungkin pada fikiran aku kilang susu dalam ni tersumbat kot..hihi

malam tu ammar dengan lena nya tidor dalam kekeyangan, badan aku pun rase selesa dan ringan sebab bidan sebelum ni urut macam semut tak rase ape, sedap bidan yang baru ni dia pulak bukan orang lain sedara2 jugak..kalau tahu baik amik dia dari awal ni sebab dah brjanji dari awal dengan bidan yang mula2 tadi tu

ok..abis part 1, lepas ni part 2 aku nak cerita makanan peransang dan perbanyakkan susu

malam yang rajin

morning uollss..

malam tadi dengan rajin nya aku telah berjaya membuat popia goreng yang lama diidamkan..hihi..kulit popia aku dah beli jumaat minggu lepas bahan2 untuk inti aku beli malam tadi je..

resepi popia goreng yang easy

bahan utama:

kulit popia

inti didalam:

kacang panjang
lobak merah (carrot)
telur
bawang yg telah diblend kan
lada hitam
garam
minyak

cara2 nya:

*goreng telur dan hancur2 kan (angkat dan ketepikan)
*tumis bawang sehingga naik bau masuk kan kacang panjang dan lobak merah, setelah 2 minit masuk kan telur hancur tadi dan taburkan lada hitam yang telah ditumbuk dan rasakan dengan garam..dah diap ni la hasil gambar di bawah
 
isikan inti macam dalam gambar ni

gulungkan jadi macam ni..jgn lupa hujungnya calitkan sedikit air kat kulit popia supaya mudah melekat
(lipatan nya tak cantik dah pukul 12 malam aku buat ni sambil berlari kedepan ke dapur tengok dak ammar yang masih berjaga lagi)


gorengkan..begini la rupanya..sedappppp..(puji diri sendiri..hahaha)
i love my family