malam tadi dengan rajin nya aku telah berjaya membuat popia goreng yang lama diidamkan..hihi..kulit popia aku dah beli jumaat minggu lepas bahan2 untuk inti aku beli malam tadi je..
resepi popia goreng yang easy
bahan utama:
kulit popia
inti didalam:
kacang panjang
lobak merah (carrot)
telur
bawang yg telah diblend kan
lada hitam
garam
minyak
cara2 nya:
*goreng telur dan hancur2 kan (angkat dan ketepikan)
*tumis bawang sehingga naik bau masuk kan kacang panjang dan lobak merah, setelah 2 minit masuk kan telur hancur tadi dan taburkan lada hitam yang telah ditumbuk dan rasakan dengan garam..dah diap ni la hasil gambar di bawah
isikan inti macam dalam gambar ni
gulungkan jadi macam ni..jgn lupa hujungnya calitkan sedikit air kat kulit popia supaya mudah melekat
(lipatan nya tak cantik dah pukul 12 malam aku buat ni sambil berlari kedepan ke dapur tengok dak ammar yang masih berjaga lagi)
gorengkan..begini la rupanya..sedappppp..(puji diri sendiri..hahaha)
No comments:
Post a Comment