Thursday, March 28, 2013

kisah pak guard dan jam tangan

dua tiga hari ni aku baru perasan pak guard kat tempat kerja ni pakai jam tangan warna PINK la, dah la warna pink kanak-kanak ribena punya fesyen lak tu. Apa pun aku respek la ngan pak guard ni berani pakai jam cam tu, muka ganas tapi hati jambu, mana tak nya dia ni askar pencen dulu tapi naluri kejambuan tu tetap ada..caya la pak guard

Bila di soreh rupa nya anak dia punya jam tangan dahh, mungkin rindu kat anak kot tu yang dia pakai, takpe la pak guard janji hidup pak guard bahagia dan aman damai, apa pun ni la pak guard terbaik yang aku jumpa selama bekerja di sini, rajin ya amat..kalau jadi staff sini mesti CEMERLANG dan GEMILANG ^!^

Wednesday, March 27, 2013

mengigau di waktu pagi

hari ni aku nak pergi kerja macam biasa, so incik hubby masih di rumah sedang nyenyak tidur sebab lambat pergi kerja, seperti biasa tengah bersolek tiba-tiba aku terdengar orang tengah bercakap dengan nada yang tengah marah, bila toleh ke belakang rupa nya incik hubby yang mengigau. 

aku pun tanpa membuang masa terus ambil telefon rakam segala babak yang aku rasa kelakar, yela dah banyak kali beliau mengigau cam tu, selama ni aku cerita dia tak percaya dan mintak bukti, Hah! hari ni dengan berjaya nya persis detektif conan aku berjaya rakam segalanya

aku pun tak tahu apa yang incik hubby mimpikan dan dengan siapa yang dia marahkan, mengigau macam marahkan orang, lama jugak la aku tengok dia bercakap sorang-sorang.....hahaahaha..kesian, tu la tidor tak nak basuh kaki kan syaiton dah kaco!!

** harap maaf video tidak dapat disiarkan atas sebab tertentu, terima kasih

Monday, March 25, 2013

tong gas vs ikan keli

hari ni incik hubby kita lambat masuk kerja..so aku dengan rajin nya sebelum subuh dah bangun awal nak menyiapkan diri dan sarapan pagi untuk incik hubby kesayangan, lepas mandi solat dan bersiap bagai dengan gincu merah berbaju kurung kuning, pagi ni aku sediakan teh panas dan roti bersalut jem stoberi je,

 tepat jam 7.40am  (dialog seperti di bawah)

ayang : abang jangan lupa beli gas tau, ayang nak masak petang ni
abang : ok (sambil tersenyum)
ayang : (ambil tangan suami, salam cium tangan then kiss pipi :-)
            ayang gi kerja dulu ye..bye
abang : bye! hati-hati

sampai tempat kerja (nak bagitahu dah sampai) mesej incik hubby rupa nya hphone dia habis bateri..urmmm..

9.30am incik hubby masej

abang : abg nk gi kerja, gas abg dh beli. abg ada beli ikan keli kang wat masak kicap ye
ayang : dumm!! aduh keli plak(dalam hati berbicara)

yang jadi masalah untuk entry aku ni si ikan keli, sebab nya aku tak suka nak siang ikan keli ni badan dia belendir dan susah nak potong, kalau yang hidup lagi la!! 


Alahai si ikan keli siap la ko petang ni

konvokesyen

Assalammualaikum..aku gembira nak kongsikan cerita sebagai graduasi Politeknik ni, aku salah seorang pelajar yang telah menamatkan pengajian, walaupun dah lama aku graduet, kenangan semasa belajar tetap aku ingat sampai bila-bila.
Rindu pada zaman belajar dulu, sekarang dah jadi isteri orang dah ada keluarga entah bila boleh sambung belajar balik, apa pun kalau di beri rezeki untuk sambung belajar aku tak akan lepaskan peluang yang ada, mana tahu ada sijil lebih tinggi pangkat pun tinggi la juga ye tak??. Apa pun layan gambar di bawah>>>>

berbaris menuju ke dewan konvokesyen
di hadapan dewan 
saat paling indah berada di atas pentas
bersama rakan seperjuagan (zefy)
muka letih tapi gembira

Wednesday, March 20, 2013

kaki bodek si kaki ampu

Salam..korang pernah dengar tak atau berhadapan dengan orang seperti tajuk di atas..perilaku ni boleh juga disebut ampu atau pun kipas..timbul nya perkataan ni hasil dari pemerhatian,pergalaman dan renungan dari golongan orang melayu.akhirnya perkataan ni menjadi peribahasa, kata Pendeta Za’ba, “peribahasa-peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.”

Bagi aku manusia macam ni kebanyakan nya ada di pejabat mahupun di kilang-kilang atau dimana saja.kaki bodek atau kaki ampu ni merujuk kepada sikap seseorang yang suka membodek pihak yang dibodek dengan harapan mendapat keuntungan atau mendapat ruang keselesaan atau kenaikan pangkat dan nama dari hasil bodekan.

Contoh nya kalau di pejabat, seorang pekerja bawahan akan cuba merapatkan diri dan menjadi 'kaki ampu' kepada ketuanya..pelbagai cara dilakukan termasuk sanggup mengunakan ilmu hitam untuk menundukkan 'bos' nya agar disayangi dan mengikut kata, aku rasa orang macam ni tidak boleh jadi kawan sejati..dia hanya tahu mencari peluang dan kesenangan diri saja, yang penting bagi dia apa yang di ingini tercapai, dia juga akan merapatkan diri dengan ketua nya dan sentiasa memuji, memberi hadiah, belanja makan dan sebagainya sampai ketua nya hanya nampak kebaikan palsu yang di beri. 

Di pejabat aku pun ada juga 'manusia' yang berperangai macam ni..tak kira laki perempuan tua dan muda..mengipas memang kuat, apa saja kerja atau acara hanya dia yang di panggil, bila hujung tahun anugerah cemerlang orang yang sama juga dapat..cuba la bagi peluang pada orang lain..pekerja lain pun buat juga kerja, sama-sama buat kerja mencari rezeki tapi orang yang sama juga 'ketua' tu nampak. ni TIDAK ADIL!!!

Kita sebagai umat islam kena lah sentiasa beringat, rezeki yang baik datang nya dari TUHAN bukan dari 'orang yang di bodek' buat kerja dengan ikhlas demi Allah bukan menjadi orang bedebah!

~SEKIAN..WASSALAM~


Monday, March 18, 2013

Selawa Ku Sayang

RINDUUUUUUUUUUUUUU..rindu sangat dengan SELAWA,kawan-kawan dan cikgu-cikgu kat sana suatu ketika dahulu..bagi aku selepas spm ni la tempat permulaan aku meningkat dewasa,banyak kenangan manis dan pahit aku lalui sepanjang belajar disini..kebanyakan nya semua kenangan manis..paling seronok dapat kawan-kawan yang best dan sempoi cikgu-cikgu pun semua mesra alam..ni yang mendekatkan kami antara pelajar dan guru...

Meh aku cerita tentang sekolah ni dulu=>
 
Sejarah dan Kegiatan Sekolah Latihan Wanita(selawa) 
Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP) adalah antara pertubuhan dakwah tertua di Perak mempelawa golongan wanita khususnya remaja untuk menyertai kursus intensif kemahiran wanita yang dikelolakan oleh Sekolah Latihan Wanita (Selawa).Selawa yang dimiliki sepenuhnya oleh PSIP, Ditubuhkan pada 1962, Selawa sehingga kini melahirkan lebih 7,000 bekas pelajar yang mendapat manfaat daripada silibus program latihan tersebut. Selawa juga menawarkan latihan bersepadu melibatkan kemahiran asas seperti memasak, menjahit, solekan, dandanan rambut, kemahiran komputer dan pendidikan agama. Disediakan juga asrama yang selesa,makan dan minum sepanjang sesi pembelanjaran. Kelas pengajian adalah pada hari isnin hingga jumaat bermula pada pukul 8 pagi hingga 4 petang. Menerusi sistem pembelanjaran yang ditawarkan, setiap pelajar yang menyertai sekolah kemahiran tersebut akan mengikuti kesemua kelas tersebut sekurang-kurangnya dalam tempoh 12 bulan dan setiap pelatih dalam kumpulan masing-masing akan mengikuti semua modul di selawa secara bergilir-gilir. Setiap pelajar yang menamatkan pengajian akan dianugerahkan sijil PSIP yang diiktiraf pihak industri. Selawa juga mampu menampung sehingga 100 orang pelatih dan setiap yang mendaftar bagi mengikuti kursus di galakkan menetap di asrama yang disediakan

syarat kemasukan:

minima kelulusan PMR atau setaraf dengan nya dan boleh membaca serta menulis
berumur 16-35 tahun
digalakkan tinggal di asrama

kokurikulum:

Ceramah agama,kumpulan nasyid,kompang,silat,kursus,sukan,hari kantin,motivasi keusahawanan,lawatan sambil belajar dan pertandingan masakan dan gubahan

Pendaftaran pelajar baru:

bermula pada bulan januari semester persekolahan

sesi persekolahan: Isnin-Jumaat (8.00 pagi - 4 petang)

Untuk keterangan lanjut,sila hubungi:
Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sekolah Latihan Wanita
Persekutuan Seruan Islam Perak
(Jam'iyah Perak)
no.9 Jalan Seruan
30250 Ipoh Perak
Tel: 05-2548708/Fax: 052546055    

Gambar dibawah yang tak akan aku lupakan=>
banggunan belakang tu tempat aku belajar menjahit dan membuat sulaman
belajar buat kek dengan cikgu Norhafizah Harun
bersama kumpulan Asas A
perhimpunan pagi hari
bersama kakak senior
bergambar sebelum berjemaah di surau 
makan pagi di gerai berhampiran
rakan baik ku Ninie
Outing ke Stadium Indera Mulia,Ipoh
kawan2 yang happening

kenangan yang aku tak akan dapat lupakan walaupun dah berpisah kami tetap berhubung antara satu sama lain..walaupun tak lama belajar di sini (kerana melanjutkan pelajaran) aku tak kan lupakan jasa guru yang mengajar dan kepada sahabat tersayang shidah,ninie,kak izah,kak minie,kak yan,adik,dyla,kak azwa,dayah dan yang lain-lain..walaupun nama dah lupa tapi kalian tetap di hati.semoga korang berjaya dunia akhirat:-)




Friday, March 15, 2013

Tako Tao

Korang pernah dengar atau makan tako tao tak??sekarang makanan ni jadi antara kegemaran aku dan wajib beli kalau aku pergi AEON@JUSCO..dimana sedap nye makanan ni pun aku tak tahu nak cerita camane yang pasti rase dia sedap dan wajib korang rase..kalau korang nak try boleh la pergi ke Aeon station 18 di Pengkalan Ipoh..kalau tempat lain aku tak pasti ada..kalau di kuala lumpur aku rasa ada di Mid Valley..dia ada 5 rasa atau isi yang berbeza.korang boleh try samada nak octupos,prawn,chicken+cheese,abalone dan unagi(tak silap aku isi ikan)




Dalam ni ada 3 ketul je,kenyang dan puas hati..harga RM4.90 kalau nak extra sos atau mayonis just tambah 50sen jer...
 
ni la TAKO TAO..yang ni aku pilih chicken+cheese sebab dlm dia ada isi ayam dan keju
memang sedap~~~'',

sejarah tako tao =>
Kisah Tako Tao sebenarnya bermula di Jepun beberapa tahun lalu, pengasas Tako Tao berjalan-jalan di kawasan Kansai untuk mencuba pengalaman makanan baru. Kemudian, beliau telah mengambil keputusan untuk bersama-sama berbaris panjang di bandar Osaka sambil memikirkan, mengapa Takoyaki menjadi kegilaan di seluruh Jepun. Namun, sewaktu pertama kali menikmati Takoyaki - bola sotong panggang yang penuh dengan kubis dicarik - beliau merasakan perasaan seperti cinta pandang pertama. Malah, kerana terlalu menyukainya, beliau sanggup meninggalkan bidang perakaunan yang dilakukannya, dan menceburkan diri pula di dalam bidang perniagaan makanan. Akhirnya impian beliau menjadi kenyataan pada tahun 2003 apabila Tako Tao pertama dibuka di kampung halamannya sendiri, iaitu Malaysia.
nak tahu selanjutnya boleh klik sini http://takotao.com/main/

Monday, March 4, 2013

Jom Makan

Salam pagi isnin kengkawan sumer..eh ada ke kengkawan dalam ni lagi*_*..al-maklum la blog ni baru lahir minggu lepas..nak update pun kena tunggu time kerja..huhu..apa makan pagi ni??Hah ni nak citer ni..ce citer-ce citer..skang ni nak makan berat-berat takut..udah demok sangat ni.nak tengok diri dalam cermin pun takut nanti jadi cam minah ni..aku ingat lagi dengan pesanan tajaan dari kakak angkat(masa kerja kilang dulu)katanyeee KAMU DAH KAWIN JAGA BADAN JAGA MAKAN NANTI LAKI KAMU CARI LAIN!!! udah tetibe tersentap teringat pesanan dia..uhh berpeluh aku di buat nye..apa pun aku bersyukur aku masih bole kontrol makan aku lagi....hihihi..

Disini aku letak kan Piramid makanan apa yang patut kita lebih kan makan dan apa yang patut kita kurangkan
makan lah secara sihat kalau nak hidup lama..sebab sihat sepanjang hayat menjamin umur yang panjang..INSYALLAH dengan izin yang Esa

Friday, March 1, 2013

Salam Perkenalan

Assalammualaikum..salam perkenalan buat semua rakan yang mengenali dan yang tidak mengenali. Alhamdulillah terhasil jugak blog suka-suka aku ni..asyik tengok orang je buat aku pun ada gak perasaan nak jadi blogger ni..haha..cukup la kot nak merapu petang ni..sementara tu nak edit mana yang patut dulu.bye :-)
i love my family