Monday, March 18, 2013

Selawa Ku Sayang

RINDUUUUUUUUUUUUUU..rindu sangat dengan SELAWA,kawan-kawan dan cikgu-cikgu kat sana suatu ketika dahulu..bagi aku selepas spm ni la tempat permulaan aku meningkat dewasa,banyak kenangan manis dan pahit aku lalui sepanjang belajar disini..kebanyakan nya semua kenangan manis..paling seronok dapat kawan-kawan yang best dan sempoi cikgu-cikgu pun semua mesra alam..ni yang mendekatkan kami antara pelajar dan guru...

Meh aku cerita tentang sekolah ni dulu=>
 
Sejarah dan Kegiatan Sekolah Latihan Wanita(selawa) 
Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP) adalah antara pertubuhan dakwah tertua di Perak mempelawa golongan wanita khususnya remaja untuk menyertai kursus intensif kemahiran wanita yang dikelolakan oleh Sekolah Latihan Wanita (Selawa).Selawa yang dimiliki sepenuhnya oleh PSIP, Ditubuhkan pada 1962, Selawa sehingga kini melahirkan lebih 7,000 bekas pelajar yang mendapat manfaat daripada silibus program latihan tersebut. Selawa juga menawarkan latihan bersepadu melibatkan kemahiran asas seperti memasak, menjahit, solekan, dandanan rambut, kemahiran komputer dan pendidikan agama. Disediakan juga asrama yang selesa,makan dan minum sepanjang sesi pembelanjaran. Kelas pengajian adalah pada hari isnin hingga jumaat bermula pada pukul 8 pagi hingga 4 petang. Menerusi sistem pembelanjaran yang ditawarkan, setiap pelajar yang menyertai sekolah kemahiran tersebut akan mengikuti kesemua kelas tersebut sekurang-kurangnya dalam tempoh 12 bulan dan setiap pelatih dalam kumpulan masing-masing akan mengikuti semua modul di selawa secara bergilir-gilir. Setiap pelajar yang menamatkan pengajian akan dianugerahkan sijil PSIP yang diiktiraf pihak industri. Selawa juga mampu menampung sehingga 100 orang pelatih dan setiap yang mendaftar bagi mengikuti kursus di galakkan menetap di asrama yang disediakan

syarat kemasukan:

minima kelulusan PMR atau setaraf dengan nya dan boleh membaca serta menulis
berumur 16-35 tahun
digalakkan tinggal di asrama

kokurikulum:

Ceramah agama,kumpulan nasyid,kompang,silat,kursus,sukan,hari kantin,motivasi keusahawanan,lawatan sambil belajar dan pertandingan masakan dan gubahan

Pendaftaran pelajar baru:

bermula pada bulan januari semester persekolahan

sesi persekolahan: Isnin-Jumaat (8.00 pagi - 4 petang)

Untuk keterangan lanjut,sila hubungi:
Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sekolah Latihan Wanita
Persekutuan Seruan Islam Perak
(Jam'iyah Perak)
no.9 Jalan Seruan
30250 Ipoh Perak
Tel: 05-2548708/Fax: 052546055    

Gambar dibawah yang tak akan aku lupakan=>
banggunan belakang tu tempat aku belajar menjahit dan membuat sulaman
belajar buat kek dengan cikgu Norhafizah Harun
bersama kumpulan Asas A
perhimpunan pagi hari
bersama kakak senior
bergambar sebelum berjemaah di surau 
makan pagi di gerai berhampiran
rakan baik ku Ninie
Outing ke Stadium Indera Mulia,Ipoh
kawan2 yang happening

kenangan yang aku tak akan dapat lupakan walaupun dah berpisah kami tetap berhubung antara satu sama lain..walaupun tak lama belajar di sini (kerana melanjutkan pelajaran) aku tak kan lupakan jasa guru yang mengajar dan kepada sahabat tersayang shidah,ninie,kak izah,kak minie,kak yan,adik,dyla,kak azwa,dayah dan yang lain-lain..walaupun nama dah lupa tapi kalian tetap di hati.semoga korang berjaya dunia akhirat:-)




6 comments:

  1. entry kau lagi best dr aku...rinduu kalian jugak...
    hope persahabatan kita kekal hingga jannah....
    sayang korang....

    ReplyDelete
  2. knapa ko xda dlm list mmbe aku??

    ReplyDelete
  3. aku pun harap persahabatan kita kekal selamanya..aku jmpa gambar kita dlu2..tu yang tpkir nak wat entry cm ni

    ReplyDelete
  4. sijil tu mmg boleh guna utk kerja ke? bulan 12 ni sy akan masuk dkat sana..

    ReplyDelete
  5. Ade x ex student Selawa yg berminat utk jd tukang jahit bleh contact akk ye 012-5052421.Tq

    ReplyDelete
  6. asalamualaikum..
    nak tanya...
    detail ttg sklh ni...
    sy nk sgt masuk sklh ni..tetapi dgr org kata mcm susah nak dpt...
    pihak sklh ni nk ciri2 student yg mcm mna ye...
    please bls cepat ye

    ReplyDelete

i love my family