Bagi aku manusia macam ni kebanyakan nya ada di pejabat mahupun di kilang-kilang atau dimana saja.kaki bodek atau kaki ampu ni merujuk kepada sikap seseorang yang suka membodek pihak yang dibodek dengan harapan mendapat keuntungan atau mendapat ruang keselesaan atau kenaikan pangkat dan nama dari hasil bodekan.
Contoh nya kalau di pejabat, seorang pekerja bawahan akan cuba merapatkan diri dan menjadi 'kaki ampu' kepada ketuanya..pelbagai cara dilakukan termasuk sanggup mengunakan ilmu hitam untuk menundukkan 'bos' nya agar disayangi dan mengikut kata, aku rasa orang macam ni tidak boleh jadi kawan sejati..dia hanya tahu mencari peluang dan kesenangan diri saja, yang penting bagi dia apa yang di ingini tercapai, dia juga akan merapatkan diri dengan ketua nya dan sentiasa memuji, memberi hadiah, belanja makan dan sebagainya sampai ketua nya hanya nampak kebaikan palsu yang di beri.
Di pejabat aku pun ada juga 'manusia' yang berperangai macam ni..tak kira laki perempuan tua dan muda..mengipas memang kuat, apa saja kerja atau acara hanya dia yang di panggil, bila hujung tahun anugerah cemerlang orang yang sama juga dapat..cuba la bagi peluang pada orang lain..pekerja lain pun buat juga kerja, sama-sama buat kerja mencari rezeki tapi orang yang sama juga 'ketua' tu nampak. ni TIDAK ADIL!!!
Kita sebagai umat islam kena lah sentiasa beringat, rezeki yang baik datang nya dari TUHAN bukan dari 'orang yang di bodek' buat kerja dengan ikhlas demi Allah bukan menjadi orang bedebah!
~SEKIAN..WASSALAM~
hehe...setuju...setuju....tp sampai kat mana boleh diampu/dibodek...kita lihat saja rentak nya......
ReplyDeletesampai yang di ampu dan pengampu tu pencen..haha..
ReplyDelete