Thursday, April 25, 2013

cinta selepas nikah

~cinta selepas nikah~ indah sungguh ayat ni pada pasangan yang baru bernikah dan bercinta di fasa perkahwinan, kalau orang dahulu  tak perlu nak cari pasangan semua nya di tentukan oleh keluarga kerana pilihan mereka adalah yang terbaik, tapi sekarang ni semua nak pilih sendiri konon nya nak mengenal hati budi dulu. bila mereka rasa dah serasi itu lah pasangan yang mereka pilih, tidak salah sebenar nya mencari pasangan sendiri kan, dan begitu juga dengan aku pasangan aku adalah pilihan aku sendiri. tapi bagi aku bila di fikirkan secara logika indah nya hidup ini bila pasangan yang kita kenal terus meluahkan hati ingin menjadikan kita sebagai pelengkap hidup nya dan inilah impian semua pasangan di alam percintaan

mungkin dari situ lah jodoh yang terbaik tuhan beri pada kita, apa yang kita harap pasangan itu dapat membimbing kita ke jalan yang betul, cinta tidak semestinya indah sebelum nikah tapi ianya lebih indah selepas nikah, segala apa yang kita lakukan bersama pasangan mendapat ganjaran pahala dari Allah, tengok muka suami/isteri pun dapat pahala, inikan pula pegang tangan dan cium pipi suami/isteri lebih la lagi pahala nya


Cinta itu kita mahu membawa nya bersama ke syurga. Maka, sekiranya benar anda mencintai orang yang anda cintai, maka anda akan berusaha supaya anda dan si dia berada dalam syurga. Sekiranya mahu pergi ke syurga, kita perlu membina diri menjadi lebih baik, kalau kita tidak berusaha menjadi yang terbaik bagaimana kita ingin membawa pasangan kita bersama ke syurga
Hadi dan Deera
Allah has already written the names of ur spouses for u.
What u need to work on is ur relationship with Allah S.W.T.
Allah will send her or him to u when u are ready.
It is only a matter of time.

Bicara Cinta

Assalammualaikum pembuka bicara, nak tanya siapa yang tak tahu pasal cinta, semua tahu kan. memang seronok kalau nak bercerita tentang cinta ni tambah pulak cerita tentang kebahagiaan, kalau boleh nak satu dunia tahu yang kita sedang gembira, gembira di sebabkan CINTA dan individu yang kita cintai, nak cakap pasal cinta semua orang tahu makna cinta cuma terserah pada individu tu nak menilai cinta ni macam mana, tapi cinta yang hakiki adalah cinta pada Allah, pernah dengar tak perumpamaan seperti ini

Cinta pada bunga, bunga akan layu
Cinta pada harta, harta akan musnah
Cinta pada manusia, manusia akan mati
Justeru cinta lah Allah, ia kekal abadi

memang kita hidup di dunia ni perlukan cinta dan dari cinta ni lah kita dapat pasangan. cuma jangan terlalu taksub dengan cinta, bercinta dengan sederhana dan cinta kan diri sendiri terlebih dahulu, kadang kadang kerana terlalu taksub cintakan seseorang maruah dan harta benda di gadaikan, akhirnya diri sendiri juga yang merana

apa itu cinta? cinta ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran, cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat

bila tengah bercinta semua nampak indah segala kekurangan seseorang kita tidak nampak, hati menjadi buta tidak dapat menilai mana yang baik dan buruk, apabila diri telah di kecewakan baru kita sedar dan nampak diri nya yang sebenar, itu lah yang kita tak nak sebenar nya kita ingin kan kebahagiaan bukan nya kekecewaan dan kesedihan

pada yang tengah bercinta dan baru nak mengenal erti cinta berhati hati lah jangan melebihkan rasa cinta hingga melemahkan iman di dada, cintai diri dan pelihara hati agar tidak di lukai kemudian hari

Tuesday, April 2, 2013

Jep pujaan ku

korang mesti ada artis pujaan kan, tak kira malaywood ke, bollywood, hollywood dan tamilwood. macam tu jugak aku ada gak artis peberet yang aku minat giler, skang ni aku gilerkan artis sorang ni yang berasal dari johor, walaupun muka tak ensem tapi berbakat dengan lawak yang tak di jangka, tak lain dan tak bukan JEP SEPAH pujaan hati ku

serba serbi tentang jep


Nama penuh: Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin
Orang panggil:Jep
Tarikh lahir: 9 April 1985
umur : 28 Tahun
Asal: Kg. Melayu, Kulai Johor
Peserta Raja Lawak musim ke: Musim ke-3


Drama/Telemovie/Filem: Telemovie:  Bujang Sepah Silalalitamplom (Musim 1 & 2, Lemang Aidilfitri & Dodol Aidilfitri), Burger Layan Diri dan Ibu Mee Segera,Gelak Khas, Maharaja Lawak, Biar Betul Bendul, Sofazr The Movie - Jiwa Kacau, Sepah The Movie,


Episod: Bujang Sepah Silalalitampom (13 Episod), Bujang Sepah Silalalitampom (26 Episod), Tok Ketua (13 Episod) 3 Bendul (13 Episod), betul ke bohong, karoot komedia

Awards:
Juara Raja Lawak musim 3

Juara Maharaja Lawak 2011
   
biodata dia ni pun aku copy dari blog Cik Azura Nadzri (mintak izin ye) ,Aku ni kalau tengok jep muncul di tv macam orang kena hesteria, seronok sangat dapat tengok pujaan hati. sampai kadang-kadang bergaduh dengan suami nak berebut tengok jep kat tv, skang ni tengah hot citer betul ke bohong dan karoot komedia  (astro warna) sumer lawak yang dia buat nampak slumber dan sengal je, macam tak ada perasaan yang dia tengah buat lawak, kita ni yang tengok dah nak pecah perut ketawa kan lawak dia tu, jep memang terbaik larh!!

kalau korang nak tahu info terkini tentang jep korang boleh tengok plak blog Cik Azura Nadzri ni, dia ni boleh di kategori peminat no.1 jep, tabik la kat cik zura ni sebab macam2 info tentang jep dia entry kan, memang syok baca blog dia

kalau anda peminat setia jep sepah boleh la join jeppers jep ni, jadi la salah sorang fan club dia support jep habis-habisan, korang boleh klik sini http://akujeppers.blogspot.com/  
kalau nak tahu perkembangan terkini tentang jep pula boleh la ke blog ini  http://hanyadiajepsepahtu.blogspot.com/

apa pun terima kasih dengan Cik Azura Nadzri ni, banyak cerita pasal jep dia entry kan untuk tatapan peminat jep :-) 
  
 
 
 

Dugaan jadi kerani

kerani 0o kerani, bunyi nya nampak mudah tapi hanya Allah yang tahu perit nya jadi kerani ni, lebih perit kalau jadi kerani di bahagian kaunter, macam-macam ragam orang yang datang nak berurusan di kaunter kita berkhidmat, TENSION! banyak urusan banyak lah ragam orang yang pelik-pelik ni, ada yang paham bahasa dan ada yang tak paham bahasa, yang tak paham bahasa ni la yang buat penin, orang cakap lain dia cakap lain dia pikir dia je yang betul, yang penting jadi kerani ni kena sabar je..betul tak?

kalau nak cerita pasal KERANI ni banyak yang boleh di kategori kan, selalu nya pekerjaan ni di pelopori oleh kaum wanita, sebab itu lah kebanyakan jabatan swasta dan kerajaan di penuhi orang perempuan, orang lelaki ni kebanyakan suka buat kerja luar ataupun yang jenis berkemahiran.

apa pun aku bersyukur walaupun jadi kerani ni gaji tidak seberibu yang di impikan, segala keperluan dapat aku penuhi bersama keluarga, cukup la dengan pendapatan yang ada ni di beri dengan rezeki yang serba ada untuk kami, kerja la bersungguh-sungguh dengan mencari keredhaan Allah dan bukan mencari kemurkaan Allah, rezeki yang baik datang nya dari Allah dan rezeki yang tidak baik datang nya dari kealpaan dan kebodohan manusia itu sendiri

akhir kata jadi la kerani berwawasan dan bukan jadi KERA yang di awasi
i love my family