Thursday, April 25, 2013

Bicara Cinta

Assalammualaikum pembuka bicara, nak tanya siapa yang tak tahu pasal cinta, semua tahu kan. memang seronok kalau nak bercerita tentang cinta ni tambah pulak cerita tentang kebahagiaan, kalau boleh nak satu dunia tahu yang kita sedang gembira, gembira di sebabkan CINTA dan individu yang kita cintai, nak cakap pasal cinta semua orang tahu makna cinta cuma terserah pada individu tu nak menilai cinta ni macam mana, tapi cinta yang hakiki adalah cinta pada Allah, pernah dengar tak perumpamaan seperti ini

Cinta pada bunga, bunga akan layu
Cinta pada harta, harta akan musnah
Cinta pada manusia, manusia akan mati
Justeru cinta lah Allah, ia kekal abadi

memang kita hidup di dunia ni perlukan cinta dan dari cinta ni lah kita dapat pasangan. cuma jangan terlalu taksub dengan cinta, bercinta dengan sederhana dan cinta kan diri sendiri terlebih dahulu, kadang kadang kerana terlalu taksub cintakan seseorang maruah dan harta benda di gadaikan, akhirnya diri sendiri juga yang merana

apa itu cinta? cinta ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran, cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat

bila tengah bercinta semua nampak indah segala kekurangan seseorang kita tidak nampak, hati menjadi buta tidak dapat menilai mana yang baik dan buruk, apabila diri telah di kecewakan baru kita sedar dan nampak diri nya yang sebenar, itu lah yang kita tak nak sebenar nya kita ingin kan kebahagiaan bukan nya kekecewaan dan kesedihan

pada yang tengah bercinta dan baru nak mengenal erti cinta berhati hati lah jangan melebihkan rasa cinta hingga melemahkan iman di dada, cintai diri dan pelihara hati agar tidak di lukai kemudian hari

No comments:

Post a Comment

i love my family