Thursday, April 25, 2013

cinta selepas nikah

~cinta selepas nikah~ indah sungguh ayat ni pada pasangan yang baru bernikah dan bercinta di fasa perkahwinan, kalau orang dahulu  tak perlu nak cari pasangan semua nya di tentukan oleh keluarga kerana pilihan mereka adalah yang terbaik, tapi sekarang ni semua nak pilih sendiri konon nya nak mengenal hati budi dulu. bila mereka rasa dah serasi itu lah pasangan yang mereka pilih, tidak salah sebenar nya mencari pasangan sendiri kan, dan begitu juga dengan aku pasangan aku adalah pilihan aku sendiri. tapi bagi aku bila di fikirkan secara logika indah nya hidup ini bila pasangan yang kita kenal terus meluahkan hati ingin menjadikan kita sebagai pelengkap hidup nya dan inilah impian semua pasangan di alam percintaan

mungkin dari situ lah jodoh yang terbaik tuhan beri pada kita, apa yang kita harap pasangan itu dapat membimbing kita ke jalan yang betul, cinta tidak semestinya indah sebelum nikah tapi ianya lebih indah selepas nikah, segala apa yang kita lakukan bersama pasangan mendapat ganjaran pahala dari Allah, tengok muka suami/isteri pun dapat pahala, inikan pula pegang tangan dan cium pipi suami/isteri lebih la lagi pahala nya


Cinta itu kita mahu membawa nya bersama ke syurga. Maka, sekiranya benar anda mencintai orang yang anda cintai, maka anda akan berusaha supaya anda dan si dia berada dalam syurga. Sekiranya mahu pergi ke syurga, kita perlu membina diri menjadi lebih baik, kalau kita tidak berusaha menjadi yang terbaik bagaimana kita ingin membawa pasangan kita bersama ke syurga
Hadi dan Deera
Allah has already written the names of ur spouses for u.
What u need to work on is ur relationship with Allah S.W.T.
Allah will send her or him to u when u are ready.
It is only a matter of time.

No comments:

Post a Comment

i love my family