nak jadi kan story lepas kawin tu aku kan tengah subur, apa lagi pergi honeymoon la kami, tempat yang kitaorang pilih Cameron Highland, of coz kena cari tempat yang sejuk-sejuk huhu..lalalaa~ aku dan suami sangat teruja bila sampai sana, gembira teramat sangat, memang indah rasa nya bila dah jadi suami isteri ni, tak ada sape nak marah kita buat apa pun orang tak heran. kalau dulu tengah bercinta or bertunang nak pegang tangan pun takut-takut sekarang ni dah bebas, nak cium peluk suami pun boleh tapi bukan depan orang lah, nanti meluat pulak orang tengok macam kita sorang je ada laki'',
sampai je sana kami tak tahu nak check-in hotel mana, pusing punya pusing last nya suami terserempak dengan kawan sekampung dia, kebetulan budak tu kawin awal sehari dari kitaorang, dan budak lelaki tu juga kawan sekolah aku dulu, so tak ada masalah sangat la, diorang ni pun pergi honeymoon jugak tau, then kami buat keputusan check in hotel Equatorial. masa sampai sana pun hari dah hujan dan nak petang, so malas nak pikir banyak terus kitaorang pilih deluxe room walaupun agak mahal tapi sangat berbaloi, bila hari dah malam biasa la di sana macam mati akal tak tahu nak kemana, malam tu kami berempat termasuk kawan suami ni dan pasangan just makan malam saja, rezeki kami malam tu dapat makan free sebab tokey restoran tu kawan kepada kawan suami ni tadi. habis makan kami pusing-pusing je sekitar tanah rata dan brinchang, ronda dan ronda akhirnya mata dah mengantuk..huhu..dan tak sabar nak balik tidur, padahal bukan nak tidur pun sebenarnya ada niat di sebalik nya..hahaha.
keesokkan hari pagi-pagi lagi selepas breakfast kami memulakan operasi ronda sang pengantin, antara tempat yang sempat kami singgah macam ladang Teh Bharat di tanah rata, Kea Farm, Big Red Strawberry Farm, Cactus Point dan sebagai nya, nasib baik ada kawan suami ni, bila nak snap gambar jadi senang tak payah nak mintak tolong orang lain, nak gambar berpeluk pun tak kisah kan sebab dah kenal, bila dah puas berjalan kami check out hotel dan bersiap siap nak balik, kami pergi pun tak lama 1 hari 1 malam je, bila hari dah petang kami berpecah aku dan suami balik dulu dari diorang, sampai saja di rumah hari dah nak malam
walaupun tak lama kami pergi bercuti dan ada pulak kawan suami dan pasangan nya aku tetap gembira, dan apa yang kami harap selama kami di sana ada usaha untuk mendapat kan anak berjaya dengan jaya nya. betul orang kata nikmat selepas bergelar suami isteri ni tak sama masa kita tengah bujang, keseronokan bergelar isteri ni tak terkata, kalau nak masuk syurga kaum hawa ni paling senang, jaga solat 5 waktu, berpuasa di bulan ramadan, memelihara kehormatan dan taat pada suami nescaya syurga tempat nya.
nak tunjuk sikit gambar kitaorang ni, sila scroll ke bawah ye
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)
No comments:
Post a Comment