Dalam sebuah hadith ada
disebutkan, KUBUR ITU PINTU KE ALAM BARZAKH (alam perantaraan).. Dalam
hadith yang lain disebut, malam pertama adalah malam yang paling
menakutkan di Alam Barzakh, oleh itu jinakkanlah roh dengan membaca
ayat-ayat al-Quran.. Alam Barzakah amat menakutkan, kerana ia adalah
satu tempat yang roh belum pernah sampai dan melaluinya....
Setiap
alam ada masalah-masalah pada individu tersebut, termasuklah Alam
Barzakh... Ada orang rasa sekejap sahaja masa di alam barzakh, ada yang
merasa lama... Rasulullah s.a.w. mengingatkan umatnya supaya mereka
MEMOHON PERLINDUNGAN ALLAH S.W.T. dari azab dan siksaan kubur... Kubur
itu satu taman dari TAMAN-TAMAN SYURGA atau satu gaung dari GAUNG
NERAKA... Terpulanglah kepada keadaan AMALAN seseorang... Kitalah yang
menentukan bagaimana keadaan kita di alam kubur nanti....
Antara
golongan yang disiksa dengan AZAB KUBUR ialah mereka yang tidak berjaya
menjawab soalan malaikat Mungkar dan Nakir..,(yang menjawab segala
soalan malaikat adalah AMALAN sendiri) Mereka yang tidak sembahyang
atau tidak cukup bilangan sembahyangnya. Mereka yang melaga-lagakan
orang lain (adu-domba), mereka yang tidak membersihkan air
kencingnya....
Rasulullah S.A.W. bersabda: “(Allah) akan memberi
kuasa untuk menyeksa orang kafir di dalam kuburnya kepada 99 EKOR ULAR
yang akan mematuknya hingga berdirinya kiamat... Jika seekor saja dari
ular itu meniupkan bisanya ke bumi, nescaya tidak akan ada tumbuhan
hijau yang tumbuh (di atas muka bumi).” (Hadis riwayat Imam Ahmad)....
Daripada
Ibn Abbas r.a. : ” Sesungguhnya Nabi s.a.w. melalui dua kuburan , lalu
Baginda s.a.w bersabda :'' Sesungguhnya kedua dua penghuni kuburan ini
sedang disiksa dan mereka tidaklah disiksa kerana dosa besar.... adapun
yang seorang disiksa kerana TIDAK ISTINJAK SETELAH KENCING, sedangkan
yang satu lagi kerana SUKA MENGADU-DOMBA... Kemudian Baginda s.a.w.
meminta satu pelepah kurma lalu dibelahnya menjadi dua , lalu bersabda :
''Semoga pelepah kurma ini akan dapat meringankan siksaan mereka
berdua, selama ia belum kering''.( HR Bukhari dan Muslim )....
@ Jadi
masyarakat kini, bila waktu pengebumian sering mereka pacakkan batang
pokok puding atau pokok lainnya.Bunga rampai serta bungaan menjadi
pilihan untuk menaburkannya di pusara.Ada pula yang akan tanam pokok
bunga bagi menghiasi kubur,kadangkala bersiapan rumput karpet'' seakan
kubur itu sebuah taman yang indah dimasa kini.
No comments:
Post a Comment