Dalam sebuah hadith ada
disebutkan, KUBUR ITU PINTU KE ALAM BARZAKH (alam perantaraan).. Dalam
hadith yang lain disebut, malam pertama adalah malam yang paling
menakutkan di Alam Barzakh, oleh itu jinakkanlah roh dengan membaca
ayat-ayat al-Quran.. Alam Barzakah amat menakutkan, kerana ia adalah
satu tempat yang roh belum pernah sampai dan melaluinya....
Setiap
alam ada masalah-masalah pada individu tersebut, termasuklah Alam
Barzakh... Ada orang rasa sekejap sahaja masa di alam barzakh, ada yang
merasa lama... Rasulullah s.a.w. mengingatkan umatnya supaya mereka
MEMOHON PERLINDUNGAN ALLAH S.W.T. dari azab dan siksaan kubur... Kubur
itu satu taman dari TAMAN-TAMAN SYURGA atau satu gaung dari GAUNG
NERAKA... Terpulanglah kepada keadaan AMALAN seseorang... Kitalah yang
menentukan bagaimana keadaan kita di alam kubur nanti....
Antara
golongan yang disiksa dengan AZAB KUBUR ialah mereka yang tidak berjaya
menjawab soalan malaikat Mungkar dan Nakir..,(yang menjawab segala
soalan malaikat adalah AMALAN sendiri) Mereka yang tidak sembahyang
atau tidak cukup bilangan sembahyangnya. Mereka yang melaga-lagakan
orang lain (adu-domba), mereka yang tidak membersihkan air
kencingnya....
Rasulullah S.A.W. bersabda: “(Allah) akan memberi
kuasa untuk menyeksa orang kafir di dalam kuburnya kepada 99 EKOR ULAR
yang akan mematuknya hingga berdirinya kiamat... Jika seekor saja dari
ular itu meniupkan bisanya ke bumi, nescaya tidak akan ada tumbuhan
hijau yang tumbuh (di atas muka bumi).” (Hadis riwayat Imam Ahmad)....
Daripada
Ibn Abbas r.a. : ” Sesungguhnya Nabi s.a.w. melalui dua kuburan , lalu
Baginda s.a.w bersabda :'' Sesungguhnya kedua dua penghuni kuburan ini
sedang disiksa dan mereka tidaklah disiksa kerana dosa besar.... adapun
yang seorang disiksa kerana TIDAK ISTINJAK SETELAH KENCING, sedangkan
yang satu lagi kerana SUKA MENGADU-DOMBA... Kemudian Baginda s.a.w.
meminta satu pelepah kurma lalu dibelahnya menjadi dua , lalu bersabda :
''Semoga pelepah kurma ini akan dapat meringankan siksaan mereka
berdua, selama ia belum kering''.( HR Bukhari dan Muslim )....
@ Jadi
masyarakat kini, bila waktu pengebumian sering mereka pacakkan batang
pokok puding atau pokok lainnya.Bunga rampai serta bungaan menjadi
pilihan untuk menaburkannya di pusara.Ada pula yang akan tanam pokok
bunga bagi menghiasi kubur,kadangkala bersiapan rumput karpet'' seakan
kubur itu sebuah taman yang indah dimasa kini.
Wednesday, May 22, 2013
Thursday, May 16, 2013
Rejab bulan Allah
Sedar tak sedar kita dah sampai bulan rejab, iaitu bulan ketujuh dalam kalendar islam. Rejab yang bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) Pada bulan itu mengandungi peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa daripada tangan tentera Salib dan ada berpendapat bulan inilah berlaku peristiwa israk mikraj Nabi Muhammad s.a.w
sempena bulan rejab ni mari lah kita bersama-sama menambah amalan yang ada, segala yang kurang kita tambahkan, yang bertambah kita tambahkan, antara amalan baik yang kita lakukan adalah berpuasa.
Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
Kelebihan lain bulan Rejab:
- Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
- Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
- Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
- Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
- Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
- Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
- Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
- Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
- Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
- Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
- Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
- Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
- Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
Friday, May 10, 2013
Destinasi bulan madu
Salam semua..lepas pilihan raya ni letih sangat-sangat sampai terpaksa ambil cuti rehat, kadang terpikir juga kalau dapat pergi bercuti kan seronok. Dalam dok terpikir ni aku teringat kenangan bulan madu ngan suami lepas kahwin dulu..tooiinnk..begini cerita nyee, aku kawin 27042012 dan pada 25042012 sebelum tu cik P aku datang, so masa kawin tu aku dalam keadaan bulan mengambang :-( tak apa yang penting kami dah selamat di ijabkabulkan :-) and then period aku abis 01052012..hihihi..bulan mengambang dah jadi bulan purnama
sampai je sana kami tak tahu nak check-in hotel mana, pusing punya pusing last nya suami terserempak dengan kawan sekampung dia, kebetulan budak tu kawin awal sehari dari kitaorang, dan budak lelaki tu juga kawan sekolah aku dulu, so tak ada masalah sangat la, diorang ni pun pergi honeymoon jugak tau, then kami buat keputusan check in hotel Equatorial. masa sampai sana pun hari dah hujan dan nak petang, so malas nak pikir banyak terus kitaorang pilih deluxe room walaupun agak mahal tapi sangat berbaloi, bila hari dah malam biasa la di sana macam mati akal tak tahu nak kemana, malam tu kami berempat termasuk kawan suami ni dan pasangan just makan malam saja, rezeki kami malam tu dapat makan free sebab tokey restoran tu kawan kepada kawan suami ni tadi. habis makan kami pusing-pusing je sekitar tanah rata dan brinchang, ronda dan ronda akhirnya mata dah mengantuk..huhu..dan tak sabar nak balik tidur, padahal bukan nak tidur pun sebenarnya ada niat di sebalik nya..hahaha.
keesokkan hari pagi-pagi lagi selepas breakfast kami memulakan operasi ronda sang pengantin, antara tempat yang sempat kami singgah macam ladang Teh Bharat di tanah rata, Kea Farm, Big Red Strawberry Farm, Cactus Point dan sebagai nya, nasib baik ada kawan suami ni, bila nak snap gambar jadi senang tak payah nak mintak tolong orang lain, nak gambar berpeluk pun tak kisah kan sebab dah kenal, bila dah puas berjalan kami check out hotel dan bersiap siap nak balik, kami pergi pun tak lama 1 hari 1 malam je, bila hari dah petang kami berpecah aku dan suami balik dulu dari diorang, sampai saja di rumah hari dah nak malam
walaupun tak lama kami pergi bercuti dan ada pulak kawan suami dan pasangan nya aku tetap gembira, dan apa yang kami harap selama kami di sana ada usaha untuk mendapat kan anak berjaya dengan jaya nya. betul orang kata nikmat selepas bergelar suami isteri ni tak sama masa kita tengah bujang, keseronokan bergelar isteri ni tak terkata, kalau nak masuk syurga kaum hawa ni paling senang, jaga solat 5 waktu, berpuasa di bulan ramadan, memelihara kehormatan dan taat pada suami nescaya syurga tempat nya.
nak tunjuk sikit gambar kitaorang ni, sila scroll ke bawah ye
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)
nak jadi kan story lepas kawin tu aku kan tengah subur, apa lagi pergi honeymoon la kami, tempat yang kitaorang pilih Cameron Highland, of coz kena cari tempat yang sejuk-sejuk huhu..lalalaa~ aku dan suami sangat teruja bila sampai sana, gembira teramat sangat, memang indah rasa nya bila dah jadi suami isteri ni, tak ada sape nak marah kita buat apa pun orang tak heran. kalau dulu tengah bercinta or bertunang nak pegang tangan pun takut-takut sekarang ni dah bebas, nak cium peluk suami pun boleh tapi bukan depan orang lah, nanti meluat pulak orang tengok macam kita sorang je ada laki'',
sampai je sana kami tak tahu nak check-in hotel mana, pusing punya pusing last nya suami terserempak dengan kawan sekampung dia, kebetulan budak tu kawin awal sehari dari kitaorang, dan budak lelaki tu juga kawan sekolah aku dulu, so tak ada masalah sangat la, diorang ni pun pergi honeymoon jugak tau, then kami buat keputusan check in hotel Equatorial. masa sampai sana pun hari dah hujan dan nak petang, so malas nak pikir banyak terus kitaorang pilih deluxe room walaupun agak mahal tapi sangat berbaloi, bila hari dah malam biasa la di sana macam mati akal tak tahu nak kemana, malam tu kami berempat termasuk kawan suami ni dan pasangan just makan malam saja, rezeki kami malam tu dapat makan free sebab tokey restoran tu kawan kepada kawan suami ni tadi. habis makan kami pusing-pusing je sekitar tanah rata dan brinchang, ronda dan ronda akhirnya mata dah mengantuk..huhu..dan tak sabar nak balik tidur, padahal bukan nak tidur pun sebenarnya ada niat di sebalik nya..hahaha.
keesokkan hari pagi-pagi lagi selepas breakfast kami memulakan operasi ronda sang pengantin, antara tempat yang sempat kami singgah macam ladang Teh Bharat di tanah rata, Kea Farm, Big Red Strawberry Farm, Cactus Point dan sebagai nya, nasib baik ada kawan suami ni, bila nak snap gambar jadi senang tak payah nak mintak tolong orang lain, nak gambar berpeluk pun tak kisah kan sebab dah kenal, bila dah puas berjalan kami check out hotel dan bersiap siap nak balik, kami pergi pun tak lama 1 hari 1 malam je, bila hari dah petang kami berpecah aku dan suami balik dulu dari diorang, sampai saja di rumah hari dah nak malam
walaupun tak lama kami pergi bercuti dan ada pulak kawan suami dan pasangan nya aku tetap gembira, dan apa yang kami harap selama kami di sana ada usaha untuk mendapat kan anak berjaya dengan jaya nya. betul orang kata nikmat selepas bergelar suami isteri ni tak sama masa kita tengah bujang, keseronokan bergelar isteri ni tak terkata, kalau nak masuk syurga kaum hawa ni paling senang, jaga solat 5 waktu, berpuasa di bulan ramadan, memelihara kehormatan dan taat pada suami nescaya syurga tempat nya.
nak tunjuk sikit gambar kitaorang ni, sila scroll ke bawah ye
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)
Subscribe to:
Posts (Atom)