Thursday, November 28, 2013

fikiran serabut masa mengandung

tak tahu nak mula macamane, nak nangis nak teriak semua ada. sangat2 tension sekarang walaupun aku tahu efek nya pada kandungan ni nanti, tapi apa boleh aku buat aku kena akur dengan arahan yang dibagi, 2 minggu lepas kak Jun (tuan rumah yang aku sewa sekarang) ada hantar masej " SALM..KJUN CADANG NK BAIKI RMH KJUN,AWNING DH XELOK,NK BUAT LANTAI BILIK TENGAH TAMBAH MOZEK NK BAIKI GRILL N MCM2 LH,HUJUNG BULAN DISEMBER KJUN CDANG NAK BUAT..HARAP IRA FAHAM MAKSUD KJUN " ni la antara masej yang dia bagi. sejibik aku copy kata2 dia. memang tersentap bila dapat masej masa tu dah la tengah macam ni memang haru biru di buat nya, sampai sekarang belum jumpa lagi rumah sewa lain, semalam sampai aku dan cik somi amik cuti sebab nak cari rumah lain, dari naik kereta sampai naik motor, dari pagi sampai ke petang kami cari yang ada cuma penat je, Ya Allah tolong la kami

# sapa2 yang tahu ada rumah untuk disewa kawasan teluk intan bole PM aku ye (macam pesanan dalam facebook pulak..hahaha)

Tuesday, November 26, 2013

dah ada heartbeart

sebelum tu nak ucap syukur alhamdulillah dulu, hari isnin 25 nov aku ke klinik kesihatan teluk intan untuk buat pemeriksaan kali kedua,so benda yang kena buat adalah daftar kan diri dan ambil nombor giliran. mula2 kena cek air kencing pastu amik darah pulak, aku paling tak suka amik darah kat situ ada sorang nurse tu punya la sengal dah dua kali terkena (dua apa tiga kali la termasuk aku ngandung yang gugur tu) apa yang dia buat bila cucuk tangan kanan kesalahan dia pasti dia akan tarik jarum tu kuar dari tangan aku ni, mula la darah pun membazir keluar pastu bole pulak dia sedut darah yang keluar tu, pastu pulak tak cukup terpaksa la mengorbankan tangan yang sebelah lagi ni, aje nya sakit hati betul sib baik aku ni jenis tahan kena cucuk

selesai yang itu pergi pulak timbang berat badan, alamak turun la pulak. kalau bukan mengandung lagi la suka..hahaha..masa mula buat buku berat badan 74kg kali kedua timbang tinggal 71kg, biasa la orang pragnant awal trismeste selera makan kan tak berapa nak ada

pastu masuk jumpa doktor, borak2 pasal kandungan dan kesihatan aku sikit terus doktor suruh naik atas katil untuk di scan, masa scan tu la doktor tunjuk di rahim aku dalam tu ada kantung dalam kantung tu dah nampak bentuk janin sangat la kecik, tetiba doktor tunjuk satu benda seakan bedegup rupa nya tu la jantung baby, rasa nak menangis saat tu seronok rasa nya bila aku dah nampak benda tu hidup di dalam perut ku, masa mengandung yang dulu lansung tak nampak bila scan hanya ada kantung je

pastu doktor suruh datang sebulan lagi untuk pemeriksaan kali ketiga pulak, masa tu akan di scan lagi sekali untuk di ukur panjang dan lebar baby, tak sabar nak tunggu sebulan lg ;-) akhir sekali masuk jumpa nurse yang 'monitor' aku dari awal dan diberi cucuk 'tetanus' iaitu cucuk mengelakan kancing gigi, disebabkan tangan kanan digunakan untuk menulis dan lebih aktif digunakan untuk memandu jadi aku serahkan tangan kiri saja untuk dicucuk (cucuk lagi tadi dh la silap, hari ni saja 3x kena cucuk tau)

dah selesai semua aku pergi ke farmasi untuk ambil ubat walupun ubat yang ada masih banyak tapi bila nurse tanya terpaksa tipu cakap dah abis nanti kalau tak abis kena marah tau, kaki pun menghayun dengan malas nya untuk masuk semula ke pejabat, sebulan lagi kita datang ye baby ke KKTI (bicara ku dalam hati) hihihi =)


Thursday, November 14, 2013

pantang larang masa mengandung

mak aku selalu pesan jaga mulut jangan cakap benda bukan2 dan jaga mata supaya tak tengok perkara pelik2, bila kita tengok benda pelik mula la mulut mesti nak cakap eii, kanapa camtu, buruknya, busuk nya..takut dikhuatiri anak dalam perut akan kenan, sekarang ni mulut mata tangan kaki dan perbuatan kita kena jaga supaya kita terhindar dari perkara buruk. kalau dengar orang dulu macam2 pantang larang terutama dalam mengandung ni kena la jaga bebetul. antara yang selalu kita dengar

# jangan mandi malam
dikhuatiri air ketuban akan berlebihan sehingga memudaratkan bayi dalam kandungan dan menyebabkan masuk angin dalam badan

#jangan menjahit atau mengikat benang
dikhuatiri si ibu susah untuk bersalin

#jangan minum air kelapa, tebu dan nenas
akan menyebabkan keguguran awal kehamilan

#jangan memburu atau membunuh binatang
dikhuatiri susah untuk bersalin dan anak mengalami kecacatan, terutama bagi si suami jangan memancing takut anak akan sumbing

#jangan duduk depan pintu, kalau nak keluar teruskan saja
dikhuatiri anak akan tersangkut dan susah untuk bersalin

#jangan cungkil gigi dengan benda besi dan tajam
dikhuatiri bersalin cara pembedahan

#dilarang makan benda menjalar seperti ulam pegaga
nanti dikhuatiri uri terlekat

#jangan memakai pakaian ketat
risau anak yang dikandung tidak membentuk dengan baik

#jangan lalu di bawah penyidai baju
dikhuatiri susah untuk bersalin

#jangan makan kepala ikan dan benda masam spt jeruk
dikhuatiri anak yang dikandung tidak cerdik

#jangan makan benda yang berbisa seperti ikan pari, ikan sembilang dan bunga kantan
akan merasa bisa ketika bersalin

ni la antara pantang larang orang tua2 dulu jangan la kita terlalu mempercayai sehingga rosak akidah kita..apapun sharing is caring

sakit badan semasa mengandung

subhanallah kuasa mu Ya Allah, macam ni la agak nya rasa mak aku mengandungkan aku dulu, kali ni aku pulak yang merasa.skrang ni tiap pagi mesti rasa mual nak muntah tapi tak muntah2 jugak. kalau nak muntah pun air je yang keluar, badan aku ni banyak angin tu pasal selalu sakit badan sakit pinggang kadang sampai rasa nak terbelah dua badan ni. baring tak bole duduk pun tak bole si somi la mangsa tukang picit, lega rase tapi bahagian pinggang aku tak suruh dia urut la just kat atas2 je, sapu sikit dengan krim halia mustajab, huh! lega..urp..urp angin keluar, kat bawah pun sebok nak kuar..hihihi

jangan sampai macam ni sudah!!

Thursday, November 7, 2013

morning sickness!!

bila dah mengandung benda pertama tentulah orang akan pikir muntah2 pening2 dan rasa mual, macam aku kurang mengalami morning sickness cuma rasa mual je tekak ni, kalau boleh tiap pagi kena makan cepat, lagi satu selera makan aku kurang bukan macam mengandung yang dulu selera makan aku ada je, sume aku bantai lansung tak reti nak berpantang makan. mengandung sekarang ni kalau lapar hah cepat2 la pegi makan, makan pulak tak boleh sumbat banyak2 kena makan sikit tapi kena kerap, kalau tak ada nasi roti pun jadi

bab mengidam pulak tak ada lagi la aku mengidam pelik2, cuma ada satu malam aku teringin sangat nak makan roti gardenia yang putih tu nak cicah ngan kuah kari, nasib baik haritu memang ada gulai kari mak masak kan, suruh la si somi pergi beli dia boleh cakap makan je nasi yang ada tu tapi aku ni berdegil nak gak makan roti mungkin di sebabkan tabiat mengidam tadi kot. geram pun ada si somi tak nak paham, sudahnnya malas nak cari gaduh start motor pergi sendiri kedai sib baik la kedai runcit pun dekat. sampai rumah buat akal merajuk ngan sikap somi yang tak nak kesian kan bini comel nye ni (cewah..perasan) agak nya dia tahu aku merajuk pelan2 datang ke dapur konon nya nak memujuk la, masa aku dok cicah roti ngan kari dia pun sebok nak suapkan sekali dalam mulut aku ni sambil senyum kambing mintak maap (rase besalah la tu)

merajuk cam ni baru tau!!!


10 tanda awal kehamilan

Apa gejalanya bila Anda hamil atau mengandung? 
Tanda-tanda bahwa Anda hamil termasuk: tidak menstruasi, perdarahan, perubahan payudara, mengidam, kelelahan, mual dan muntah, sakit kepala, sakit punggung, sering buang air kecil, dan perubahan mood. Namun, gejala tersebut dapat disebabkan oleh faktor lain dan tidak memastikan bahwa Anda sedang hamil.
  1. Tidak menstruasi. Terlewatnya haid adalah gejala kehamilan yang paling umum. Bila Anda hamil, Anda pasti tidak akan menstruasi di periode berikutnya. Namun, tidak mendapatkan haid bukan berarti Anda pasti hamil.  Menstruasi dapat berhenti karena sebab lain seperti penurunan berat badan berlebihan, kelelahan fisik, gangguah hormonal, ketegangan (stress),  pil KB, atau menyusui.
  2. Perdarahan implantasi. Sekitar 6-12 hari setelah pembuahan, embrio melekatkan diri ke dalam dinding rahim. Pada beberapa wanita, hal ini menyebabkan keluarnya bercak darah yang mungkin disertai kram. Perdarahan ini lebih singkat dan lebih ringan dari menstruasi, seperti semburat merah atau merah kecoklatan yang hanya berlangsung 1-2 hari. Selain karena hamil, perdarahan vagina bisa disebabkan oleh menstruasi, infeksi, luka hubungan seksual atau efek pil KB.
  3. Perubahan payudara. Payudara membesar, melunak dan terasa sakit bila disentuh adalah gejala kehamilan yang dapat dimulai 1-2 minggu setelah pembuahan. Areola (kulit di sekitar puting susu) mungkin akan menjadi lebih gelap dan pembuluh darah di payudara Anda menjadi lebih jelas. Ketidakseimbangan hormonal, pil KB, dan sindrom pra-menstruasi juga dapat menyebabkan perubahan payudara.
  4. Mengidam. Anda mungkin memiliki hasrat yang kuat untuk makan rujak, durian atau makanan tertentu yang menyediakan energi dan kalsium, misalnya susu.  Beberapa wanita mengidam makanan yang aneh-aneh yang tidak biasa mereka makan atau bahkan benda-benda seperti kertas, rumput, tanah, dll (gejala ini disebut pica).  Beberapa wanita lainnya membenci makanan yang biasanya mereka sukai. Namun, banyak wanita yang tidak mengidam apa pun. Diet yang buruk, kekurangan gizi tertentu, stress, depresi, penyakit kronis atau sindrom pra-menstruasi juga dapat mengubah pola makan.
  5. Kelelahan. Merasa lelah atau lesu adalah gejala kehamilan yang dapat dimulai sejak minggu pertama setelah pembuahan. Hal ini kemungkinan besar disebabkan oleh peningkatan hormon progesteron. Progesteron yang sangat dibutuhkan untuk menjaga kehamilan dan pertumbuhan bayi tersebut juga berefek memperlambat metabolisme. Tingkat energi biasanya akan kembali normal pada sekitar bulan keempat kehamilan ketika plasenta sudah terbentuk sempurna. Stress, aktivitas fisik, depresi, anemia dan penyakit lain juga bisa menyebabkan kelelahan.
  6. Mual dan muntah. Gejala kehamilan yang dikenal dengan nama morning sickness ini terutama muncul di pagi hari antara 2-8 minggu setelah pembuahan sampai minggu ke-12 . Beberapa wanita tidak mengalami morning sickness sama sekali, sementara yang lain merasakan mual, muntah dan kehilangan selera makan hampir sepanjang hari. Keracunan makanan, stres, atau gangguan perut lainnya juga dapat menyebabkan mual dan muntah.
  7. Sakit punggung. Sakit punggung bawah mungkin terjadi di awal kehamilan dan dapat berlanjut di sepanjang kehamilan. Sindrom pra- menstruasi, stress, masalah punggung, dan kelelahan fisik atau mental juga dapat menyebabkan sakit punggung.
  8. Sakit kepala. Kenaikan tiba-tiba hormon dalam tubuh Anda dapat menyebabkan sakit kepala di awal kehamilan. Dehidrasi, kekurangan kafein, sindrom pra-menstruasi, ketegangan mata, atau penyakit lainnya juga dapat menyebabkan sakit kepala.
  9. Sering kencing. Anda mungkin menjadi sering bolak-balik ke kamar kecil, terutama di malam hari, pada sekitar 6-8 minggu setelah pembuahan. Kehamilan menyebabkan peningkatan kadar cairan tubuh dan perbaikan efisiensi ginjal. Pembesaran rahim juga menekan kandung kemih. Akibatnya, sebagian besar perempuan menjadi lebih sering buang air kecil dalam beberapa minggu pertama kehamilan. Sering kecing juga dapat disebabkan oleh faktor lain seperti infeksi saluran kemih, diabetes, peningkatan asupan cairan, dan obat diuretik.
  10. Perubahan mood. Beberapa wanita mengalami perubahanmood yang mirip dengan yang biasanya terjadi di hari-hari menjelang menstruasi, seperti mudah marah. Beberapa wanita lainnya mengalami perasaan riang gembira. Hormon kehamilan diduga berpengaruh pada zat kimia dalam otak sehingga menyebabkan perubahan mood. Kondisi lain seperti sindrom pra-mensturasi, stress, dan peristiwa hidup juga dapat mengubah mood.

akhirnya..sampai rezeki kami

alhamdulillah kali ni doa kami termakbul, terlalu gembira nak di ceritakan walaupun baru tapi tak salah aku nak kongsi dengan korang sume kan. seperti entry yang sebelum ni aku ada kongsikan pengalaman bagaimana nak hamil semula, macam2 cara aku lakukan sampai la masa yang di tunggu aku berjaya  hamil semula selepas keguguran tahun 2012..syukur alhamdulillah kandungan aku sekarang dalam 7 minggu, aku harap korang dapat doakan yang terbaik untuk aku, semoga kandungan ini selamat, sihat dan sempurna kejadian nya.. Aamiin..


i love my family