sebelum tu nak ucap syukur alhamdulillah dulu, hari isnin 25 nov aku ke klinik kesihatan teluk intan untuk buat pemeriksaan kali kedua,so benda yang kena buat adalah daftar kan diri dan ambil nombor giliran. mula2 kena cek air kencing pastu amik darah pulak, aku paling tak suka amik darah kat situ ada sorang nurse tu punya la sengal dah dua kali terkena (dua apa tiga kali la termasuk aku ngandung yang gugur tu) apa yang dia buat bila cucuk tangan kanan kesalahan dia pasti dia akan tarik jarum tu kuar dari tangan aku ni, mula la darah pun membazir keluar pastu bole pulak dia sedut darah yang keluar tu, pastu pulak tak cukup terpaksa la mengorbankan tangan yang sebelah lagi ni, aje nya sakit hati betul sib baik aku ni jenis tahan kena cucuk
selesai yang itu pergi pulak timbang berat badan, alamak turun la pulak. kalau bukan mengandung lagi la suka..hahaha..masa mula buat buku berat badan 74kg kali kedua timbang tinggal 71kg, biasa la orang pragnant awal trismeste selera makan kan tak berapa nak ada
pastu masuk jumpa doktor, borak2 pasal kandungan dan kesihatan aku sikit terus doktor suruh naik atas katil untuk di scan, masa scan tu la doktor tunjuk di rahim aku dalam tu ada kantung dalam kantung tu dah nampak bentuk janin sangat la kecik, tetiba doktor tunjuk satu benda seakan bedegup rupa nya tu la jantung baby, rasa nak menangis saat tu seronok rasa nya bila aku dah nampak benda tu hidup di dalam perut ku, masa mengandung yang dulu lansung tak nampak bila scan hanya ada kantung je
pastu doktor suruh datang sebulan lagi untuk pemeriksaan kali ketiga pulak, masa tu akan di scan lagi sekali untuk di ukur panjang dan lebar baby, tak sabar nak tunggu sebulan lg ;-) akhir sekali masuk jumpa nurse yang 'monitor' aku dari awal dan diberi cucuk 'tetanus' iaitu cucuk mengelakan kancing gigi, disebabkan tangan kanan digunakan untuk menulis dan lebih aktif digunakan untuk memandu jadi aku serahkan tangan kiri saja untuk dicucuk (cucuk lagi tadi dh la silap, hari ni saja 3x kena cucuk tau)
dah selesai semua aku pergi ke farmasi untuk ambil ubat walupun ubat yang ada masih banyak tapi bila nurse tanya terpaksa tipu cakap dah abis nanti kalau tak abis kena marah tau, kaki pun menghayun dengan malas nya untuk masuk semula ke pejabat, sebulan lagi kita datang ye baby ke KKTI (bicara ku dalam hati) hihihi =)
No comments:
Post a Comment