Thursday, November 28, 2013

fikiran serabut masa mengandung

tak tahu nak mula macamane, nak nangis nak teriak semua ada. sangat2 tension sekarang walaupun aku tahu efek nya pada kandungan ni nanti, tapi apa boleh aku buat aku kena akur dengan arahan yang dibagi, 2 minggu lepas kak Jun (tuan rumah yang aku sewa sekarang) ada hantar masej " SALM..KJUN CADANG NK BAIKI RMH KJUN,AWNING DH XELOK,NK BUAT LANTAI BILIK TENGAH TAMBAH MOZEK NK BAIKI GRILL N MCM2 LH,HUJUNG BULAN DISEMBER KJUN CDANG NAK BUAT..HARAP IRA FAHAM MAKSUD KJUN " ni la antara masej yang dia bagi. sejibik aku copy kata2 dia. memang tersentap bila dapat masej masa tu dah la tengah macam ni memang haru biru di buat nya, sampai sekarang belum jumpa lagi rumah sewa lain, semalam sampai aku dan cik somi amik cuti sebab nak cari rumah lain, dari naik kereta sampai naik motor, dari pagi sampai ke petang kami cari yang ada cuma penat je, Ya Allah tolong la kami

# sapa2 yang tahu ada rumah untuk disewa kawasan teluk intan bole PM aku ye (macam pesanan dalam facebook pulak..hahaha)

No comments:

Post a Comment

i love my family