Tuesday, January 19, 2016

roti puri

malam tadi tetiba teringin nak makan roti puri terus lupa niat nak kurus..eh takpe la roti je pun kan..hahaha

haritu mak dah pernah buat terus mintak resepi, buat2 menjadi la pulak terus buat doh roti lepas tu biarkan dalam 30 minit baru nak dicanaikan

masa nak tunggu dia naik gebu aku buat kuah sardin je. sardin tu pulak hancurkan2 lepastu letak la ubi kentang dan dipotong dadu

doh yang siap dibulat2 kan
gelek macam buat karipap tu je.kena buat nipis2 lepas tu baru goreng, masa goreng minyak kena byk dan siram atasnya sampai naik kembung.kena buat cepat tau dan terbalik kan puri ni
nampak tak dah kembung
roti puri kembung habaq ang

ni resepinye:
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam
1/2 kecil gula
1 sudu teh yis mauripan (serbuk)
3/4 cawan air panas

korang uli sampai tak melekat tau pastu baru leh wat doh yang bulat2 tadi. tunggu sampai 30 minit atau 1 jam baru boleh goreng.. kuah nye tak kan aku nak ajar pandai2 la korang. cicah dgn kari pun sodap

selamat mencuba ;-)

dinner di shabu shabu ipoh

minggu lepas orang opis aku buat dinner sempena meraikan kejayaan kami selama 3 bulan berhempas pulas menyiapkan kerja pindaan cukai tanah untuk 2016, so boss dicide nak buat makan2 dengan anak buah nya, dia list kan 3 nama restoren mana yang kami nak. antaranya restoren shabu2 di ipoh keduanya di shell out tambun dan ketiga restoran nasi arab hadramout di ipoh juga

antara ketiga tiga ni ktorg sepakat sebulat suara semua nak pegi shabu shabu sebab kt sini restoran steambot, jadi kome nak makan apa makan la sepuas hati dan pilih la apa yang korang nak, makan sampai muntah ijau pun orang tak marah

aku pegi incik adi yang anta kan pastu dia melepak tah kemana dgn kawan dia, member kamcing si farah tak dapat pegi sebab anak nye tak sehat, sedih taw geng makan tak ada. sampai sana dah 8.30 tengok 1 meja dah penuh dorang dah sampai awal, so terpaksa duduk dgn geng2 bos. elok pulak cc suren, kak sal, meg dan kak su pun sampai jadi cukup dah korum yang ada

puas makan rasanya dan berbaloi sebab sebelum ni setiap hari bermula bulan 10 sampai bulan 12/2015 kitaorang buat keja PCT ni dengan berbelas ribu geran nak ditukar cukai tanah yang baru, sampai sabtu ahad dtg keja, hari bekerja smpai malam pun kami buat. memang tin tong waktu tu dak ammar pun tak terurus sgt. ni gara2 nak kejar sebelum masuk tahun 2016,

makan pun dah puas insyaAllah bulan 2 dapat lagi duit BONUS sempena PCT.. hahaha (gelak besar sbb banyak masyukk)

tak nak sembang banyak korang hadam la gambar kat bawah ni,

 restorant shabu shabu
 dalam lagi cantik dan besar
 desert
makanan laut
yang ni utk bakar2
sate paling banyak org pilih
kak sal, mag dan kak su
yg ni sume bos2, muda belia sumenye
en.fazril, en.minha,en.dayat, cik ezat dan cik laila
yang ni aku paling suka buttermilk prawn, sweet sour ikan dori dan keropok rangup (nama nya aku tak tahu tp rasa mmg rangup mcm makan keropok je)
yang ni aku tambah lagi kali ni buttermilk crab, sedap sgt 2x menambah.yg bulat2 tu roti rasa manis je
nak air pun banyak jenis. ais kacang dan cendol pun ada
meja sebelah sambut bufday then bg ktorg sikit, bagus sgt sama2 kongsi rezeki..hihi
incik adi tangkapkn gambar, tak suka tau jenuh edit gelap gelita jugak..haha

ok la dah puas makan jom balik..keshiann dak ammar kena tinggal dgn opahnya


Wednesday, January 13, 2016

apa itu LCHF

camat pagi..

dah hampir dua minggu aku cuba mengamalkan diet LCHF, tahu tak apa itu LCHF ia adalah singkatan low carbo high fat.. salah satu diet dimana rendah karbohidrat, tetapi tinggi lemak maksud yang aku paham makanan karbohidrat macam makanan berkanji, gula, marjerin dan buah yang tinggi bilangan gula nya kena la korang elakkan, dan makanan yang boleh korang amalkan sayuran ayam daging telur bahan tenusu dan kekacang

paling senang nak amalkan masa sarapan korang makan la roti tawar ke pastu masa makan tengahari korang ratah la lauk2 je tapi nasi jangan ambil dan air pun minum la air putih atau air masak je, bila waktu malam pulak kalau boleh makan la sebelum pukul 8. malam tu makan la jugak lauk2 yang ada tak pun goreng je telur. kalau rajin buat la sup ayam ke sup sayur ke pape jela makanan yang dibenarkan macam yang aku cakapkan tu

ni cara yang aku amalkan hampir dua minggu, apa yang aku perasan aku dah boleh pakai baju kurung yang dulu nye sempit tang ponggong dah rase selesa badan pun rasa ringan je, pagi semalam timbang adalah turun 2kg..huhu happy tak terkata

tapi kalau korang nak makan apapun boleh cuma pandai2 la kawal

                                                                                                                                 #enjoy your food#

Monday, January 11, 2016

masak guna poyok nasi letrik

dua hari lepas aku, incik adi dan dak ammar dah mula masuk rumah baru, kitaorang pun dah tidur sane sehari dua, barang2 pun boleh dikatakan hampir penuh la cume yang tak ada gas untuk memasak je,

aku cakap dengan incik adi harini tak payah beli lauk siap ai boleh masak, lagipun beras gula teh kicap sos garam sardin dah ada beli. pagi tu kami pegi pasar beli bawang, sayur sawi, kentang, cili dan fish kek je

sampai rumah terus sinsing lengan baju dan mulakan operasi masak memasak ala chef fara quen..haha..masak simple je pun mula2 aku masak sardin pastu tumis sayur sawi masak kicap dah masak lauk baru masak nasi

tu la kekdah kalau nak hidup apa pun bole yang penting rajin, kalau dah xda rice cooker pakai saterika pun bole, sebab aku penah nampak dalam fb ada student wat cekodok masak atas saterika, kalau engko wat pagi, petang baru dapat makan cekodok tu, berjanggut nak tunggu masak..hahahaha

sayur sawi masak kicap
dak ammar tunggu ibu masak sambil tu layan upin ipin

lauk sardin tak sempat nak snap..sedar2 dah licin..kuat 2 hero ai ni makan taw

azam 2016

haii..

apa azam korang tahun ni ekk?? yang bujang tentu nak menamatkan zaman bujang, yang baru kawin tentu nak dapatkan zuriat, yang dah kawin jangan gatal2 menambah beban dan pada yang belum berjaya melaksanakan azam tahun2 dulu dah tentunya berharap dpat dilakukan tahun ini

begitu juga la dengan aku dah berapa tahun azam aku NAK KURUS belum berjaya. tahun ni aku bertekad memang nak KURUS

memang dulu aku akui aku ada bergantung pada ubat dan teh slimming, banyak kesalahan yang aku dah lakukan. waktu breakfast aku skip bila makan tengahari aku melantak kaw2 malam pulak tak makan apa, joging memang tak la, acaner nak kurus camtu.. azakabedah punya perangai sume nak cepat, usaha betul2 tak nak hah skang dh macam tong drum baru la nak sedar

so masuk je 1hb januari semangat aku nak kurus meluap luap dan terus aku set dalam kpla otak diet2 jaga makan dan rajin wat senaman, katakan TIDAK pada ubat2 kurus dan makanan ringan etc mek donal, kepci dan seangkatan dengan nye jgn lupa juga kopok2 coklat dan minuman ringan.. INGAT!! terus terbayang muka cikgu yang garang dengan misai bergulung2 , berbadan gempal tali pinggang dah sampai ke dada sambil memegang rotan... arrgghh gilerr terberangan sekejap

apapun azam jangan sekadar azam yang penting usaha dan kena yakin pada diri sendiri

* kalau aku berjaya kurus ada orang nak sponsor aku satu family pegi lost world of tambun.. yang ni buat aku lagi semangat uolls..hihi

Friday, January 8, 2016

meeting dan makan

petang tadi dalam kul 4.30 kitaorg ada meeting..bila ada meeting ada la makan2 jd ak lebihkan nak makan dulu..huhu

sebabnya jam pun dah nak pukul 5 dh waktu balik keja.nasib baik ak cutikan dak ammar harini..last2 pukul 6 jugak abis meeting td

abis je terus angkat kaki punch kad terus blah..sampai rumah dak ammar dah tertidur sebab tunggu ak..keshiann dieerr✌

mee rebus + teh tarik = nyummy

Ammar dah school😊

harini dah jumaat hari kelima budak2 sekolah termasuk la taska Ammar. tp harini ak tak anta dia sebab mummy nye rindu nak jaga dia

lagipun petang ni unit pendaftaran dan hasil ada meeting dgn D.O sah2 la lambat abis.kang tak pasal anak ak menunggu ak pulak.klau diambil kt mana nk letak budak sechoett tu

kata cikgu nye tiap pagi lepas ak anta mesti dia menangis bila pujuk ok sikit lepastu menangis balik. bukan dia je ak pun meleleh air mata sekali bila ak tinggalkn dekat cikgu terdengar2 dia panggil IBU IBU..

adohaii hati ibu mane yg tak tersentuh bila berjauhan dgn anak sendiri tambah pulak dijaga oleh org yg baru kita kenal..cume doa yg mengiringinye😢

ni aktvt dak Ammar hari rabu kelmarin




Ammar dah ada geng..comel2 sume nye😀

bertukar ke pejabat daerah dan tanah kampar

harini hampir 6 bulan ak bekerja di pejabat daerah dan tanah kampar..disini jugak la ak hantarkan dak Ammar ke taska permata.

sejak dah bukak sekolah ni Ammar dan ak berulang keja bersama2 dari rumah mak..seminggu dua lagi kitaorg dah nak pindah..huhu sedih sgt tak duduk serumah ngan mak dah

nak buat macamane ak dh ada family dan rumah sendiri tak kan nak berkepit bawah tiak mak ayah lagi

* semoga tahun ni di beri sinar kejayaan, kebahagiaan dan kemurahan rezeki.. Aaminn☺

2016 dh wei!!

aii korg..lame beno kita tak jumpa kn..dh dekat setaon ak rase blog ak ni sunyi dah bersawang pn..haha

bila smp idea nk menulis mood tak rajin pun sampai jadi terkubur la hampir setahun

ammar pun dh besar dah masuk taska pun..ak pulak dh bertukar ke pejabat baru jadi masa menghalang segala..kemain menyalahkan masa ye ni la manusia..aii duniawi


i love my family