Tuesday, October 22, 2013

jumpa doktor pakar

bermacam produk dah aku makan dalam masa yang sama aku tak lupa untuk dapatkan perkhidmatan doktor, 

:: kali pertama aku cuba dapatkan khidmat di Klinik Jyothi Teluk Intan, Perak No. 94, Jalan Pasar, 36000, Teluk Intan, Perak, masa aku pergi period belum datang lagi doktor just scan dan bagi folic acid je, hari pertama period aku pergi semula ke klinik dan doktor bagi pil hormon Clomid (kalau tak silap) aku kena makan dan bila hari subur harus bersama suami. bulan berikutnya period masih datang seperti biasa, plan pertama gagal 
 
:: seterusnya aku usaha pergi hospital pakar di Ipoh, Hospital Pantai Puteri iaitu Klinik Datin Dr Mimin Tarmini Suite 307, 3rd Floor Medical Mall, 126, Jalan Tambun, 31400, Ipoh, Perak  (Hospital Pantai Ipoh, Tingkat 3) di klinik ni pun sama macam cerita di atas cuma masa scan dotor terpaksa masukan alat seperti besi panjang ke dalam tempat peranakan, alhamdulillah rahim aku ok dan tak ada masalah, bila tiba period pertama seingat aku doktor ada bagi ubat kalau tak silap pil hormon juga dan pada tarikh sekian (tak ingat juga) aku kena datang semula ke klinik masa tu la doktor bagi suntikan dekat pangkal rahim untuk kesuburan then aku kena bersama suami pada masa doktor cadangkan. masa pergi klinik untuk cucuk dalam pukul 4 ptg jadi kena bersama dalam masa 12 jam, so waktu kena bersama pukul 4 pg, malangnya kami terlepas waktu untuk bersama, rugi-rugi..hihihi, apapun kami redha sebab ni salah sendiri, kami tetap tak putus asa
 
:: kali ketiga aku pergi R.S Specialist Clinik 36, Jalan Fairk Park,31400 Ipoh Perak, masa aku pergi belum period lagi aku bajet mungkin period aku datang dalam 2 hari lagi..14/10/2013 tarikh aku ke klinik dan disana sebelum masuk jumpa doktor nurse akan ambil segala maklumat diri dan sejarah penyakit keluarga aku, bila dah masuk bilik aku kena tangalkan pakaian dalam,doktor buat pemeriksaan payudara kemudian dia scan perut aku takut-takut rahim aku senget dan katanya rahim aku tak ada masalah semua ok, lepastu dia periksa plak kemaluan aku dengan memasukkan beberapa jarinya, so far segala nya ok. cuma aku tak puas hati doktor ni tak pandai cakap melayu adalah pulak jurubahasa di sebelah dia menerangkan semua kat aku, bukan aku tak faham bahasa inggeris kalau boleh biar dia sendiri yang cakap dan kita nak bertanya balik pun senang. masa ambil ubat nurse bagi aku ubat kuatkan rahim dan vitamin, lepastu aku kena datang masa period pertama atau kedua  untuk mengambil ubat kesuburan, tapi sampai sekarang aku menulis n3 ni period aku masih tak datang lagi dah lewat seminggu..adakah dah ada?? menjadi persoalan sungguh, apapun aku sentiasa berdoa ada rezeki anak untuk kami

tanpa jemu untuk mengandung semula


setiap orang mengimpikan zuriat dan keturunan sendiri begitu juga dengan aku, aku dan suami dah berusaha pelbagai cara dari makan bermacam jenis produk kesuburan dan kesihatan, itu belum dikira berjumpa dengan doktor pakar lagi. mula-mula aku cuba krim sapu di perut, aku mula mengenali produk ni melalui kawan dan juga facebook, dalam entry ni aku citer kan semua produk yang aku dah cuba

LUMIGLOW
 
Lumiglow adalah krim yang berasaskan keladi liar untuk membantu menstabilkan hormon bagi yang mempunyai masalah berkaitan hormon progestron bagi yang ingin hamil

Siapa yang sesuai pakai lumiglow?
-yang kitar haid tak tetap
-yang rahim tidak kuat (kerap keguguran dan pernah keguguran)
-yang ada cyst, endometriosis dan fibroid di dalam rahim
-serta yang ada PCOS (polycystic ovary sindrome)
-yang tidak datang haid berbulan-bulan
-yang mempunyai masalah telur tidak matang/tiada telur
-yang senggugut teruk 
-yang mempunyai berat badan berlebihan
 
hanya pakai 2 botol saja sebab kulit tak tahan selalu gatal-gatal, mungkin di sebabkan aku kurang minum air. lepas tu aku behenti pakai
 
JUS PERAWAN

Juice Perawan Plus Collagen mempunyai 1001 Khasiat dapat mengembalikan keremajaan anda dan memberi keceriaan dan kebahagiaan dalam rumahtangga anda. Mereka yang mengalaminya sahaja dapat merasainya yang longgar rasa ketat, yang kembang rasa rapat.suami tentu gembira! 

khasiat Jus Perawan
 1. Merawat masalah keputihan & haid yang tidak teratur.
2. Menaikkan tulang punggung & payudara wanita agar lebih montok & anjal.
3. Menyuburkan rahim & peranakkan wanita (baik untuk wanita yang sukar mendapatkan         zuriat).
4. Menegang & mencerahkan kulit.
5. Melambatkan proses monopous.
6. Memberikan tenaga dalaman wanita.
7. Meningkatkan sistem imunisasi.
8. Mengurangkan senggugut.
9. Menambahkan keinginan seksual wanita & mengeratkan hubungan suami isteri
10. Sesuai untuk gadis & wanita yang sudah berumahtangga.
 
ada separuh lagi dalam peti ais
 
 
 SUSU KESUBURAN ALKHISBUN UNTUK KESUBURAN SUAMI ISTERI. 

SK Al-Khishbun merupakan makanan tambahan untuk kesuburan yang sesuai untuk golongan lelaki dan perempuan. SK Al Khishbun merupakan gabungan istimewa Susu Kambing, ekstrak stevia sebagai pemanis 100% semulajadi, biji Habbatus Sauda (Syria) yang merupakan spesis bijirin terbaik yang telah dipanggang. Ketiga-tiga bahan menjadi ramuan unggul kerana mepunyai sifat alkali yang tinggi dalam badan. Kehebatan SK Al Khishbun terletak pada ramuan rahsia herba-herba kesuburan dari Tanah Arab yang pernah terkandung di dalam buku Ilmu Perubatan Sufi. Mengandungi serbuk bunga kurma yang dahulunya digunakan sebagai herba penambah hormon dan mengentalkan sperma. SK bertindak untuk menyuburkan rahim.

Hulba Al Khishbun menggabungan 7 jenis herba-herba dari Tanah Arab yang bertindak untuk merawat:-
1) menbersihkan rahim dan organ dalaman akibat dari keguguran dan pembedahan.
2) Darah haid yang tidak lancar.
3) Senggugut yang teruk,
4) PCOS
5) Mengecutkan CYTS & FIBROID
6) Telur tidak matang
7) Tiada telur
8) Tiub filofio tersumbat
9) dan pelbagai lagi masalah rahim yang menjadi punca kepada kesukaran mendapatkan zuriat.
                                                    
 
yang ni pun ada sikit lagi 

QASEH GOLD ADINDA DAN QASEH GOLD KEKANDA

Qaseh Gold Adinda : 

Dirumus dengan madu, kurma, habbatus sauda, buah tiin (fig), minyak zaitun, saffron dan air zam-zam bersama herba lain. Qaseh Adinda juga dicampur dengan herba khusus untuk wanita iaitu manjakani, pegaga dan buah markisa. Qaseh Adinda berfungsi untuk:
  1. Memudahkan pengambilan makanan sunnah harian
  2. Menambah tenaga
  3. Mencerdaskan minda
  4. Membuang toksin
  5. Melancarkan penyerapan dan perkumuhan
  6. Meningkatkan sistem imun
  7. Memperbaiki perjalanan darah dan sistem saraf
  8. Mempercepatkan penyembuhan
  9. Menstabilkan mood
  10. Menstabilkan hormon
Qaseh selamat digunakan oleh seisi keluarga bermula usia 3 tahun. Sangat sesuai untuk wanita hamil, sedang berpantang dan menyusu kerana bahannya yang semulajadi. TIPS: 1. Makan 2-3 sudu besar pagi sewaktu perut kosong dan 2-3 sudu besar lagi sebelum tidur malam. 2. Gunakan sudu plastik. 3. Minum air yang banyak untuk mengeluarkan toksin dari tubuh.

~ yang ni aku dah masuk 3 botol aku amalkan sebab badan rasa sangat ringan, sihat dan bertenaga

Qaseh Gold Kekanda 
 
Rumusan makanan sunnah khusus untuk lelaki dengan madu, kurma, habbatus sauda, buah tiin (fig), minyak zaitun, delima dan air zam-zam bersama za'faran dan pelbagai herba terpilih lain serta gum arabic yang bertindak sebagai prebiotik semulajadi. Qaseh Kekanda turut menggabungkan herba khusus untuk lelaki iaitu guarana, ashwaganda dan tribulus. Qaseh Kekanda berfungsi untuk:
  1. Memudahkan pengambilan makanan sunnah harian
  2. Menambah tenaga dalaman dan luaran
  3. Mencerdaskan minda
  4. Membuang toksin
  5. Melancarkan penyerapan dan perkumuhan
  6. Meningkatkan sistem imun
  7. Memperbaiki perjalanan darah dan sistem saraf
  8. Mempercepatkan penyembuhan
  9. Menstabilkan mood
Qaseh selamat digunakan oleh seisi keluarga bermula usia 3 tahun. Sangat sesuai untuk mereka yang sibuk dan memerlukan tenaga ekstra setiap hari! TIPS: 1. Makan 2-3 sudu besar pagi sewaktu perut kosong dan 2-3 sudu besar lagi sebelum tidur malam. 2. Gunakan sudu plastik. 3. Minum air yang banyak untuk mengeluarkan toksin dari tubuh. 
 
~ suami pulak  sebotol masih tak habis lagi (kalau kita suapkan baru la dia nak minum)
 
 
  
 
tak lupa juga pengedar tu suruh amalkan SOLE
 
SOLE adalah :
 
- Garam gunung dari Himalaya yang mengandung 84 mineral seimbang
- Alternatif terbaik berbanding garam biasa
- Membantu proses penyerapan nutrien oleh badan anda
- Menguatkan organ dalaman, memberi tenaga
- Membantu meningkatkan sistem imun anda
 
  1. Tumbesaran optimum fizikal dan mental kanak-kanak
  2. Pembentukan kolagen semulajadi kulit.
  3. Menguatkan gusi, seimbangkan pH mulut untuk kesihatan dental anda
  4. Menormalkan sistem pernafasan
  5. Menyokong fingsi otak dan perkembangan neuron yang sihat
  6. Memulihkan pH usus, menggalakkan metabolisme asid amino (protein)
  7. Menyokong perkembangan fetus dalam kandungan
  8. Melaraskan fungsi rahim, kesihatan vagina dan menormalkan kitaran haid
  9. Membantu penghasilan hormon seimbang
 
 
bukan setakat ubat-ubatan juga aku amalkan malah beberapa orang doktor pakar juga telah aku temui, lihat la betapa usaha nya kami untuk mendapat anak, walau behabis duit sekalipun

 baca entry seterusnya =)

bagaimana untuk hamil?

cara melalui perhubungan seksual

:: ini merupakan perkongsian ilmu seksual bukan membincangkan perkara lucah! 

tips pertama 30-60 minit sebelum melakukan seks pastikan anda kencing dahulu dan bersihkan alat kelamin anda sebersihnya.
tips kedua setelah selesai melakukan seks jangan bergerak atau bangun.sebaiknya terus tidur atau baring dalam masa 30-60 minit untuk memberi ruang kepada sperma untuk berenang ke dalm faraj dan mencari telur ovari.
tips ketiga jangan sekali-kali membersihkan faraj anda setelah selesai melakukan hubungan intim bersama suami anda.
tips keempat lakukan persetubuhan pada hari yang subur(biasanya hari ke 14) sekurang-kurangnya 5 kali..=)
tips kelima
sebelum ejakulasi pastikan zakar suami betul-betul keras dan masukkan kedalam faraj sedalam yang mugkin dan pancutlah air mani dengan laju.

tips keenam gunakan teknikTok Janggut dimana ianya memerlukan kedua kaki wanita kangkang keatas dan masukkan zakar yang betul-betul tegang keras padu dan mantap terus kefaraj dari arah depan. 
tips ketujuh cuba teknik che siti wan kembang dari kelantan iaitu dengan menggunakan lapik bantal dibawah punggung perempuan.tujuannya bagi memudahkan zakar masuk sedalam-dalamnya ke dalam faraj.teknik puteri saadong juga merupakan teknik yang hampir sama dengan teknik che siti wan kembang.teknik ini telah memberikan peratusan yang tinggi untuk wanita hamil.jadi anda juga boleh mencuba teknik ini.
tips kelapan petua cepat hamil seterusnya ialah apabila anda selesai memancutkan air mani ke dalam faraj biarkan zakar di dalam faraj untuk beberapa minit.apabila zakar anda sudah kecut barulah anda tarik keluar.

:: itulah serba sedikit petua mudah hamil dalam melakukan hubungnan seks bersama dengan pasangan anda.diharap ianya memberi manfaat dan idea kepada anda.selamat mencuba!


bagaimana merancang untuk hamil

Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat. Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat beberapa tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat
  
Berdoa Kepada Yang Maha Kuasa

Manusia hanyalah bisa merencanakan dan berusaha, sedangkan yang menentukan semuanya tentulah Tuhan. Oleh karena itu lengkapi usaha anda dengan berdoa kepada-Nya, agar diberkahi secepatnya karunia kehamilan. Doa begitu kuat, yang mampu mewujudkan sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin. Jadi, berdoalah!

 

Periksa kesihatan anda


Hal pertama yang perlu dilakukan adalah melakukan pemeriksaan kesehatan yang mencakup kesehatan tubuh anda sendiri, mengenai sistem reproduksi anda, tingkat kesuburan dan hal lainnya kepada ahlinya. Periksakan hal ini baik suami maupun isteri. Hal ini merupakan modal penting untuk terjadinya kehamilan dan  untuk diketahui oleh pasangan suami isteri, karena jika terjadi kendala pada hal tersebut, tentunya diperlukan perawatan dan pengobatan lebih lanjut dan bukan hanya sekedar tips. Jika setelah diperiksakan dan dinyatakan kondisi anda dan pasangan anda sehat, maka mungkin tips selanjutnya bisa bermanfaat dan dapat anda lakukan.

 

Menerapkan Pola Hidup Sihat


Jika kebetulan anda atau suami perokok, sebaiknya menghentikan merokok. demikian juga dengan kebiasaan meminum alkhohol.
meminum alkohol sedikit pun mengurangi peluang kehamilan hingga 50 %
Pastikan Berat Badan Anda Tidak Kurang/Tidak Lebih (ideal) karena berat badan yang kurang/lebih selain bisa mempersulit pembuahan, juga menjadi masalah saat anda hamil. Sedangkan bagi pria, kekurangan berat badan bisa mengurangi pembentukan sperma.
Rajin Olahraga, dengan demikian kondisi badan anda selalu fit dan dalam proses pembuahan pun akan lebih besar terjadi. Pola Makan Bergizi Seimbang dalam mengkonsumsi makanan sarat gizi yang diperlukan untuk mendapatkan kehamilan sehat kelak.

Ketahui Masa Subur Anda

Masa subur ditandai oleh kenaikan Luteinizing Hormone secara signifikan sesaat sebelum terjadinya ovulasi (pelepasan sel telur dari ovarium). Kenaikan LH akan mendorong sel telur keluar dari ovarium menuju tuba falopii. Didalam tuba falopii ini bisa terjadi pembuahan oleh sperma. Masa-masa inilah yang disebut masa subur, yaitu bila sel telur ada dan siap untuk dibuahi. Sel telur berada dalam tuba falopi selama kurang lebih 3-4 hari namun hanya sampai umur 2 hari masa yang paling baik untuk dibuahi, setelah itu mati.

Ketahui dan Hindari Masalah-Masalah Kesuburan (Infertilitas)
 
Masalah kesuburan terjadi akibat terganggunya sistem reproduksi pada wanita dan terjadinya penurunan kualitas dan kuantitas sperma pada pria. Sebuah penelitian menyatakan bahwa masalah kesuburan terjadi pada 40% akibat perempuan, 40% akibat laki-laki dan 30% akibat keduanya.

AMALAN DOA UNTUK HAMIL

~Surah Maryam - slps solat subuh
~Baca setiap kali selepas solat
~Ulang doa Nabi Zakaria
~Baca Surah Al -Imran -Ayat  5&6 -slps subuh & asar/ Ayat - 38
~Baca Surah Al-Anbiak - Ayat 30
~Baca Surah Al-Kahfi-Ayat 39


kalau nak niat je dalam bahasa melayu pn boleh..
"Ya Allah Ya Tuhan ku, sesungguhnya kurniakanlah aku zuriat yang baik, sesungguhnya engkau yang Maha memakbulkan" Amin.
Doa "Ya Mubdi" (yang memuliai)-baca 99x slps solat, tiup pada rahim.
"YaAllah, Ya Hafiz" -16x.

PUASA sunat isnin & khamis. Sblm berbuka baca surah Al-Imran ayat 30 "Robbee Hablee Minladunka Zuriatan Toiyibah Innaka Sammeuddua'a"

  #segala maklumat diatas aku copy dari beberapa blog, harap boleh membantu anda semua termasuk diriku =)

semoga segala usaha anda berjaya dengan izin ALLAH SWT dan yang penting USAHA..DOA..TAWAKAL

Wednesday, October 16, 2013

keguguran

tarikh keramat yang tak akan aku lupakan hingga akhir hayat ku

25/4/2012 = aku kedatangan haid
28/4/2012 = nikah dan majlis perkahwinan
selepas habis haid adalah minggu kesuburan aku..dengan kuasa tuhan bulan 5 haid aku tak datang, aku ambil keputusan untuk cek sendiri memang terkejut subhanallah terdapat 2 line..ambil keputusan pergi klinik untuk dapat kepastian dari doktor, akhirnya doktor sahkan aku memang hamil.. Ya Allah gembira nya hati kami, namun Allah lebih mengetahui segalanya
14/7/2012 = aku tumpah darah sedikit, hati mula gelisih macam-macam dalam pemikiran. langkah pertama aku pergi ke klinik dulu.sampai sane diorang cek dan minta aku segera ke hospital, sampai saja hospital terus dimasuk kan ke bahagian kecemasan, tahu je la hospital kerajaan ni punya servis camane, tunggu punya tunggu aku di sorong ke wad biasa, sampai sane je doktor cek serba serbi dan scan pastu doktor mintak aku balik dulu dalam masa dua minggu kalau ada pendarahan aku kena segera kembali ke hospital, masa tu aku sangka mungkin tak ada pape, suami pulak duduk jauh lepas kawin tak duduk sama lagi sebab suami bekerja di puchong. sehari suntuk aku di hospital suami tak dapat nak balik cepat hanya mak dan ayah la banyak membantu aku, mereka la penguat semangat aku
15/7/2012 = keluar wad dan tunggu dalam masa dua minggu
17/7/2012 = pagi tu lepas bangun tidur perut sangat sakit kalau sakit sengugut tu 2x lagi sakit nya, sampai aku berguling menahan kesakitan, darah dah mula keluar sedikit, saat macam ni aku perlukan suami di sisi, suami pulak tak balik aku cakap tak ada pape yang pastinya aku tak nak dia susah hati, last nya aku telefon mak dengan ayah kat tempat kerja, memang pecut la ayah nak hantar aku kat hospital balik. suami pun aku dah telefon, pagi tu jugak dia gerak dari sana. sampi je hospital aku terus ke unit kecemasan dan disorong ke katil. kain batik yang aku pakai memang dah penuh dengan darah tilam yang aku baring pun bertukar dari putih ke merah, bayang kan betapa banyak nya darah yang keluar masa tu, masa baring menahan kesakitan yang kadang datang sekejap-sekejap,mulut aku pun tak berhenti beristifar, lepas tu datang la 2 orang doktor lelaki berketurunan india dan melayu datang buat scan dan tekan dari perut ke ari-ari, dah buat semua tu ambil report bagai dan blah macam tu je. geram sangat aku dah la sakit di biarkan macam tu je. masa tu jugak la aku rasa nak terkencing memang tak boleh nak tahan dah aku tengok doktor ngan nurse semua sebuk kebetulan pulak masa aku masuk wad tu ada budak kemalangan lagi parah dari kes aku. malas nak pikir panjang aku pun pergi sendiri, tandas pulak dah la jauh sampai sane terus aku mencangkung atas lantai, pop!! keluar seketul benda putih yang dah berbentuk seperti janin, Ya Allah berderai air mata aku keluar sayu yang amat sangat. aku pegang benda tu aku belek zuriat ku, Ya Allah aku redha dengan ujian mu. aku letak semula di lantai dan keluar nak mencari nurse. janin ku di letak kan dalam bekas urine air kencing. masa aku ke katil semula aku lihat mak dah ada, hati aku lega cuma suami yang tercinta tak sampai lagi, tiba2 aku rasa nak terkencing lagi terus aku ke tandas ditemani mak. sama jugak macam tadi lepas buang air kecil jatuh seketul lagi cuma kali ni warna merah pekat dan berketul, masa tu mak yang kutip kan dan masuk dalam macam bekas urine tadi, mak cakap mungkin benda tu uri. bila dah bersih pakaian semula aku di masuk kan ke wad biasa. sampai sana aku di cek lagi kata doktor semua ketulan dah keluar dan aku tak perlu nak buat D&C aku di kategorikan miscarriege normal. bila dengar kan tu semua hati sedikit senang sebab tak perlu nak buat d&c nanti tak pasal kena korek untuk buang sisa yang ada. bila balik ke katil setelah di periksa aku lihat suami yang ku nanti dah ada di tepi katil, muka dia sangat sayu tapi masih boleh nak beri senyuman kat aku. mak dengan ayah keluar tinggalkan kami berdua mungkin diorang faham. apa lagi air mata yang lama aku simpan meleleh keluar aku peluk suami dalam tanggisan aku minta maaf pada dia sebab tak dapat nak jaga anak kita. syukur pada tuhan suami ku seorang yang penyabar dia la yang banyak nasihat, mungkin ini bukan rezeki kami, aku pasrah Ya Allah dengan ujian mu
18/7/2012 = keluar hospital (mc 2 minggu)
17/7 - 24/7/2012 = 8 hari keluar darah nifas
17/7 - 7/8/2012 = 22 hari berpantang  

entry lepas ni aku akan kongsi maklumat supaya boleh hamil semula :-)

Nak Anak?

setiap orang yang dah berkahwin mesti ada keinginan untuk menimang cahaya mata dan mempunyai zuriat serta keturunan sendiri. Begitu juga dengan aku dan suami, kami dah kawin l tahun 5 bulan. Awal perkahwinan aku di sahkan hamil selepas sebulan berkahwin, namun Allah swt lebih berkuasa. kandungan yang berusia hampir 12 minggu telah gugur.
Aku pun tak tahu camane boleh jadi macam tu mungkin aku salah makan kot, 4 hari sebelum aku gugur aku teringin sangat nak makan nasi ayam black paper dan air kelapa. jadi bila dah teringin sangat harus la kena cari kan..bila dah beli sedap sangat la aku makan sampai tak ingat kesan yang akan datang, akhirnya aku demam keesokan hari..aarghh..mula la detik-detik kesedihan aku dan suami, aku tak tahu nak mula camana, kalau boleh tak nak ingat kejadian tu bukan apa aku tak nak sedih-sedih lagi. dalam pemikiran kami usaha doa dan tawakal yang penting saat ni..next aku sambung kisah keguguran aku..teruskan membaca~_~
i love my family